Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi di Puncak Borneo perlu beri kepercayaa­n kepada Jeannoth

-

BAU: Pengundi di Parlimen Puncak Borneo perlu memberi kepercayaa­n kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk mewakili suara mereka pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14), 9 Mei depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, masyarakat akar umbi harus menterjema­hkan sokongan penuh mereka kepada bentuk undi kepada calon muka baharu BN di Parlimen Puncak Borneo, Jeannoth Sinel dalam PRU14 kelak.

Menurut beliau, rakyat setempat perlu ingat bahawa hanya kerajaan BN yang mampu membawa pembanguna­n secara berterusan dan mentadbir kawasan Parlimen tersebut dengan cemerlang.

“Kerajaan BN juga tidak pernah mengabaika­n kebajikan masyarakat akar umbi di Parlimen Puncak Borneo selama ini.

“Sehubungan itu, saya berharap semua pengundi di Parlimen Puncak Borneo supaya sedar bahawa pembangkan­g tidak mempunyai keupayaan untuk mentadbir kawasan tersebut,” katanya semasa berucap pada Majlis Gawai Makan Nasi Baharu di Dewan Masyarakat Kampung Kopit di sini malam kelmarin.

Turut hadir ialah calon BN bagi Parlimen Puncak Borneo Jeannoth Sinel.

Miro yang juga Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) menambah, masyarakat akar umbi perlu membuka mata kepada pakatan pembangkan­g yang dilihat lebih pandai bercakap daripada bekerja untuk rakyat.

Beliau juga mengharapk­an pengundi atas pagar di kawasan Serembu amnya untuk membuat keputusan yang baik dengan memberi sokon- gan kepada calon BN.

“Jadi, berilah peluang kepada Jeannoth untuk berkhidmat serta berbakti kepada rakyat di Parlimen Puncak Borneo.

“Kita yakin dengan kemampuan dan kredibilit­i yang ada pada dirinya (Jeannoth), beliau mampu membawa lebih banyak pembanguna­n secara berterusan khususnya di kawasan Serembu,” katanya.

Pada majlis sama, Miro turut menyerahka­n geran sebanyak RM5,000 kepada pihak KEMAS Kampung Kopit.

 ??  ?? KEMPEN: Miro ketika bersama Jeanoth meluangkan masa bersama rakyat.
KEMPEN: Miro ketika bersama Jeanoth meluangkan masa bersama rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia