Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berpeluang kembang perniagaan antarabang­sa

Negeri ini memiliki banyak sumber ekonomi berpotensi di pasaran antarabang­sa: TYT

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Sarawak mempunyai peluang amat besar mengembang­kan sayap perniagaan dalam pentas ekonomi antarabang­sa.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata pembanguna­n ekonomi Sarawak kini menjurus ke arah itu.

“Kita mempunyai pemimpin yang bakal meneruskan perjuangan ekonomi serta perniagaan di pentas perniagaan antarabang­sa,” katanya pada Majlis Keman Kaul Mukah di sini semalam.

Menurutnya, ia sejajar dengan peranan dimainkan pemimpin terdahulu dan berkesinam­bungan kini.

Beliau berkata, hal itu amat disedari kerana sebenarnya Sarawak mempunyai banyak sumber ekonomi berpotensi di pasaran antarabang­sa.

Kita mempunyai pemimpin yang bakal meneruskan perjuangan ekonomi serta perniagaan di pentas perniagaan antarabang­sa. ” Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

“Sedikit sebanyak, sumber- sumber kita berada di pasaran ekonomi dunia dengan bantuan teknologi terkini dapat dicapai di Sarawak sehingga kini dan harus berterusan.

“Selain itu, pergaulan serta bahasa juga memainkan peranan menyumbang pembanguna­n perniagaan ke taraf tinggi,” jelasnya.

Pada majlis itu, Tun Taib turut merasmikan Pesta Kaul Mukah bermula sejak 21 April lalu.

Turut hadir isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pengangkut­an Dr Jerip Susil, Ahli Dewan Undangan Neg- eri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, ADUN Tellian Yussibnosh Balo dan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib.

Turut berucap Pengerusi Jawatankua­sa Kaul Induk Tan Sri Muhammad Leo Toyad merangkap bekas Ahli Parlimen Mukah.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Tun Taib (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Leo (kanan) sambil disaksikan yang lain.
PENGHARGAA­N: Tun Taib (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Leo (kanan) sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia