Utusan Borneo (Sarawak)

Pendekatan inovatif kunci kepada penyelesai­an isu dihadapi komuniti

-

KUCHING: Pendekatan inovatif adalah kunci kepada penyelesai­an masalah atau isu yang dihadapi komuniti.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tidak kira tempat tinggal, penyelesai­an masalah boleh didapati jika seseorang itu meletakkan minda dan pemikiran mereka dalam masalah.

“Apabila penyelesai­an dijumpai ia adalah inovasi oleh diri kita sendiri,” kata Fadillah ketika merasmikan Program Memupuk Inovasi Menerusi Projek Komuniti (Fitcop) di Dewan Tanjung, Tupong di sini semalam.

Dengan penyelesai­an dalam minda, seseorang itu boleh terus mengeluark­an produk atau perkhidmat­an untuk menyelesai­kan masalah bagi kebaikan komuniti.

Dari situ katanya, produk atau perkhidmat­an tersebut boleh diperluask­an untuk mewujudkan pasaran baharu kepada komuniti yang lain.

“Ia juga penting untuk individu dilengkapi dengan pengetahua­n dan kemahiran yang betul dan tidak takut untuk jatuh,” kata Fadillah yang juga calon Barisan Nasional (BN) Petra Jaya.

Menurut beliau, seseorang itu akan belajar banyak daripada kesilapan dan kegagalan sendiri.

Dalam perkara lain, Fadillah berkata beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat di Petra Jaya jika diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mengenai program tersebut, pengerusi Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS) Zaiwin Kassim berkata ia diadakan sempena Minggu Kreativiti dan Inovatif Dunia yang diadakan setiap tahun dari 15 hingga 21 April.

Program yang diadakan buat pertama kalinya di Tupong ini menarik penglibata­n sekitar 50 peserta untuk berkongsi kreativiti dan idea inovatif mereka dalam penyelesai­an masalah.

Selain KOBIS, program turut disokong Kementeria­n Pelanconga­m Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 ??  ?? ULANG TAHUN: Fadillah (empat kiri) memotong kek hari lahirnya bersama Zaiwin (lima kiri) dan pemimpin masyarakat yang lain pada pelancaran program semalam.
ULANG TAHUN: Fadillah (empat kiri) memotong kek hari lahirnya bersama Zaiwin (lima kiri) dan pemimpin masyarakat yang lain pada pelancaran program semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia