Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Tuie berharap keperluan asas dapat disediakan

-

SARIBAS: Penduduk Kampung Tuie mengharapk­an keperluan asas dapat disediakan seperti kampung-kampung lain di negeri ini.

Penghulu Kampung Tuie/ Serabang Ahmad Nudin meminta kerajaan mempercepa­tkan pembanguna­n di kawasan itu dengan keperluan asas untuk penduduk mengecapi kemudahan seperti di kawasan bandar.

Menurut beliau, penduduk kampung tersebut masih menagih keperluan pembanguna­n dibawa ke kawasan itu dengan lebih cepat dan sempurna.

“Keperluan asas seperti bekalan air bersih agak lambat disambung dan masih menjadi tuntutan utama penduduk di kawasan ini untuk keperluan harian.

“Selain itu, kemudahan Internet perlu dinaik taraf dengan mendirikan menara telekomuni­kasi agar kemudahan menjadi keperluan era ekonomi digital dapat direalisas­ikan,” katanya.

Beliau turut meminta kerajaan menaik taraf jalan utama yang menjadi nadi penghubung keluar ke bandar-bandar utama yang agak kurang selesa dilalui walaupun masih baharu.

“Sebagai inisiatif kami merancang meluaskan tapak tempat letak kereta ditempatka­n dan bahu jalan di kawasan dewan serba guna Kampung Tuie sering menghadapi masalah apabila penganjura­n majlis rasmi kerana laluan jalan raya sempit.

“Selain itu kami mengharapk­an kerajaan membina pagar masjid baharu yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada esok (hari ini),” katanya.

Kampung Tuie merupakan perkampung­an pesisir disediakan dengan pelbagai pembanguna­n namun masih belum mencukupi dan sempurna.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas memantau masjid tersebut, melihat persiapan majlis perasmian masjid menelan kos RM2.5 juta yang siap sebulan lalu.

Sementara itu Uggah berkata penduduk Kampung Tuie amat bertuah kerana diberi peluang membangunk­an tanah masing-masing dengan tanaman kelapa sawit dan diberi skim penanaman.

“Usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) membuka ruang kepada penduduk membangunk­an tanah dengan tanaman kelapa sawit bagi menambah pendapatan langkah terbaik kepada mereka,” katanya.

Hadir sama ADUN Saribas Mohamad Razi Sitam, calon Barisan Nasional Parlimen Betong Robert Lawson Chuat, Ahli Majlis Daerah Betong Suib Pa’aie dan Ketua Kampung Tuie Mostapha Brahim.

 ??  ?? MESRA: Uggah bersama penduduk Kampung Tuie ketika meninjau masjid baharu kampung itu semalam.
MESRA: Uggah bersama penduduk Kampung Tuie ketika meninjau masjid baharu kampung itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia