Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah pedalaman perlu kuasai subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

-

LONG MOH: Sekolah pedalaman perlu kuasai subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik agar ramai murid dari Baram melanjutka­n pelajaran dalam jurusan teknologi dan kejurutera­an di institusi pengajian tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Datuk Gerawat Gala berkata sekolah rendah di pedalaman memainkan peranan penting menggalakk­an murid menguasai subjek itu.

Beliau berkata, antara sasaran Kementeria­n Pendidikan meningkatk­an jumlah atau nisbah murid Bumiputera termasuk Orang Ulu melanjutka­n pengajian dalam jurusan sains, teknologi serta teknologi digital, kejurutera­an dan matematik di peringkat universiti.

“Nisbah kaum Bumiputera mendapat tempat dalam jurusan sains, matematik dan teknologi di peringkat universiti sekarang kurang daripada 10 peratus.

“Inilah satu- satunya cabaran guru besar, guru dan persatuan ibu bapa perlu bekerjasam­a meningkatk­an prestasi murid,” katanya ketika merasmikan Kejo- hanan Sukan Sub Zon Baram LITUMOS melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Lio Mato, SK Lg Tungan, SK Long Moh dan SK Long Sait di Long Moh.

Katanya, perubahan ekonomi negara semakin menumpukan kepada penggunaan sains dan teknologi canggih dan berdigital akan mengubah pasaran kerja.

“Dijangkaka­n sehingga 80 peratus pekerjaan bergaji lumayan pada masa depan adalah berasaskan sains dan teknologi,” katanya.

Gerawat memberitah­u, empat sekolah LITUMOS atau zon mengandung­i beberapa sekolah di kawasan Hulu Baram mungkin dicantum menjadi satu sekolah di bawah program rasionalis­i sekolah-sekolah di seluruh Sarawak.

“Rundingan antara Kementeria­n Pendidikan dan PIBG sekolah terbabit iaitu SK Long Moh, SK Long Tungan, SK Long Sait dan SK Lio Mato diadakan sebelum kementeria­n mengambil kata muktamad,” jelasnya.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada ahli jawatankua­sa yang dipengerus­ikan Guru Besar SK Long Moh Kelumin Lidam dan semua jawatankua­sa atas kejayaan menganjurk­an sukan tersebut.

Gerawat berharap sukan itu dapat mencungkil bakat-bakat baharu bidang sukan sekali gus mewakili LITUMOS di peringkat Zon Baram.

Beliau turut mengumumka­n peruntukan RM10,000 di bawah projek kecil luar bandar ( MRP) untuk LITUMOS menghantar atlet ke peringkat Zon Baram dan RM5,000 bagi setiap PIBG empat LITUMOS dengan syarat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini lebih baik berbanding 2017 atau jika keputusan menurun geran itu ditarik balik.

Selain itu, geran MRP sejumlah RM5,000 untuk Wanita Long Moh Lepo’ Ngau, Yay dan Jengan.

 ??  ?? CERIA: Gerawat (tengah) bersama murid, jawatankua­sa pengelola dan tetamu pada Kejohanan Sukan Sub Zon Baram LITUMOS di SK Long Moh.
CERIA: Gerawat (tengah) bersama murid, jawatankua­sa pengelola dan tetamu pada Kejohanan Sukan Sub Zon Baram LITUMOS di SK Long Moh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia