Utusan Borneo (Sarawak)

PJSR 2018 turut memupuk semangat silaturahi­m dan perpaduan

-

KUCHING: Program Jualan Sentuhan Rakyat ( PJSR) 2018 Negeri Sarawak turut memupuk semangat silaturahi­m dan perpaduan yang menjadi tunjang keharmonia­n berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

Demikian ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lo Khere Chiang ketika merasmikan PJSR yang diadakan di Kota Padawan semalam.

“Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan berkonsepk­an jualan barangan keper- luan asas dan barangan dapur dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

“Barang-barang bersubsidi juga banyak dijual walaupun kurang sekitar 20 sen atau RM1 diskaun ia adalah sesuatu yang orang ramai sukakan dan ia seperti trend jika ada diskaun dan harga murah mereka suka,” katanya ketika ditemui selepas perasmian PJSR di Kota Padawan.

Terdapat 30 jenis barangan bersubsidi yang dijual kepada orangramai­termasukba­rangka- walan seperti gula pasir, minyak masak dan tepung gandum.

Lo yang juga pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan ( MPP) berkata pihaknya berharap program yang sama akan diadakan sehingga penghujung tahun ini mengikut keperluan di kawasan.

Selain itu beliau menyifatka­n program seperti itu boleh dijadikan sebagai tempat perjumpaan untuk komuniti pelbagai bangsa dan agama bagi memupuk keutuhan perpaduan yang sudah lama terjalin di negeri ini.

“Lihat sahaja pada Pilihan Raya Umum sekarang ini banyak yang membuat aduan bahawa pertelingk­ahan dan isu perkauman dibangkitk­an di Semenanjun­g. Namun perkara sedemikian tidak akan wujud di Sarawak,” tegasnya.

Banyak program seperti senaman zumba turut diadakan pada sebelah pagi dan diikuti dengan berkaraoke dan tarian poco-poco sepanjang pengendali­an program tersebut di sini.

 ??  ?? RINGAN TANGAN: Lo (dua kanan) membantu membungkus barangan dapur yang dibeli pelanggan di Kota Padawan, di kaunter pembayaran PJSR di Kuching semalam.
RINGAN TANGAN: Lo (dua kanan) membantu membungkus barangan dapur yang dibeli pelanggan di Kota Padawan, di kaunter pembayaran PJSR di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia