Utusan Borneo (Sarawak)

PJSR beri peluang rakyat dapatkan keperluan harian lebih murah

-

KUCHING: Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) yang dilaksanak­an kerajaan sejak Januari lalu, memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatka­n bekalan keperluan harian pada harga lebih murah berbanding pasaran.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, program seumpama itu adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan BN mengurangk­an bebanan kos sara hidup rakyat,

Malah katanya, program itu merupakan salah satu strategi kerajaan menangani kegiatan orang tengah yang memanipula­si harga barangan asas.

“Inisiatif ini memperliha­tkan kesungguha­n kerajaan dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup. Kita harap dengan adanya program seperti ini, rakyat dapat membeli barangan dengan harga murah berbanding harga pasaran tanpa melalui orang tengah, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa menghadiri PJSR di Dewan Kampung Lintang di sini, semalam.

Program yang memasuki penganjura­n kali keempat untuk kawasan Parlimen Petra Jaya itu merupakan anjuran bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Pusat Khidmat Petra Jaya dan pelbagai agensi kerajaan.

Sehubungan itu, Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya mengajak lebih ramai peniaga sama ada pasar raya besar mahupun pasar raya mini supaya bersama-sama meringanka­n beban rakyat dengan menyertai program seperti itu.

“Diharap kita dapat bekerjasam­a dengan pasar besar seperti Emart dan pelbagai pihak termasuk pelbagai agensi dan sebagainya dalam usaha kita mem- bantu meringanka­n beban kos sara hidup rakyat,” katanya.

Pada program itu, sebanyak 30 jenis item barangan dijual kepada orang ramai pada harga diskaun termasuk barangan kawalan iaitu gula kasar, minyak masak dan tepung gandam.

 ??  ?? MESRA: Fadillah berbual mesra dengan penduduk semasa menghadiri PJSR di Dewan Kampung Lintang di Kuching, semalam.
MESRA: Fadillah berbual mesra dengan penduduk semasa menghadiri PJSR di Dewan Kampung Lintang di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia