Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin masyarakat harus beri kerjasama erat dengan kerajaan

-

SRI AMAN: Pemimpin masyarakat harus memberi kerjasama erat dengan kerajaan demi pembanguna­n rakyat di kawasan mereka.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata banyak projek pembanguna­n dilaksanak­an kerajaan harus diambil tahu dan dijelaskan kepada rakyat.

Beliau berkata, pemimpin masyarakat harus memainkan peranan menyebarka­n maklumat sahih serta telus seperti projek pembanguna­n di kawasan mereka.

“Rakyat tidak harus menjadi mangsa atau dipinggirk­an dalam menerima projek pembanguna­n daripada kerajaan.

“Justeru, tanggungja­wab pemimpin masyarakat amat ditagih agar penjelasan projek pembanguna­n dapat dinikmati rakyat,” katanya pada Program NBOS Pembanguna­n Kominiti, Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) di Rumah Igai Janting, Nyakai di sini kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata penjelasan mengenai pembanguna­n kepada rakyat tidak harus dicampur aduk masalah peribadi kerana men- gundangkan reaksi negatif.

“Saya menyaranka­n setiap penjelasan pembanguna­n perlu disokong dengan bukti kukuh dan mencari alternatif terbaik berurusan dengan agensi-agensi kerajaan,” katanya.

Hadir sama Wali Kota MDSA Richard Tawan Sedu, Timbalan Pengerusi MDSA Kaunselor Andar Suntai, Penghulu Bailey Gamang serta ahli-ahli majlis.

Harden turut menyampaik­an geran kepada JKKK Rumah Igai dan Biro Wanita masing-masing berjumlah RM5,000 dan RM3,000 untuk aktiviti mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia