Utusan Borneo (Sarawak)

Nyalau tolak pelawaan berkempen bantu calon BN Parlimen Lubok Antu

- Oleh Frankie Junau

KUCHING: Bekas penyandang kerusi Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak semalam menolak pelawaan untuk berkempen membantu calon kerusi itu pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) ini.

Beliau yang menghubung­i Utusan Borneo berkata, tidak ada perasaan dendam atau berkecil hati yang mendorong beliau menolak pelawaan calon Robert Pasang Alam sebaliknya ia dibuat atas dasar ikhlas demi nama baik Parti Rakyat Sarawak (PRS).

“Mungkin ada sesetengah orang menuduh saya kecewa dan berkecil hati lantas menolak ajakan Robert... ingin saya tegaskan bahawa ia terpaksa dibuat demi nama baik PRS sendiri memandangk­an saya sudah dipecat oleh pucuk kepimpinan parti,” katanya.

“Mana mungkin orang yang sudah dipecat boleh berkhidmat untuk parti kerana saya bukan lagi ahli mereka ( PRS). Biarlah saya berehat dan menikmati hari- hari saya tanpa terlibat politik,” kata bekas ahli Parlimen selama dua penggal itu.

Nyalau berkata demikian sebagai mengulas pelawaan Robert Pasang menerusi akhbar ini semalam yang antara lain mahu Nyalau bersamanya berkempen dan masalah yang tim- bul kini tidak ada kaitan dengannya sebagai calon baharu PRS di kerusi panas tersebut.

“Masalah ( pemecatan) yang dihadapi Nyalau antara beliau dan parti dan ia sama sekali tidak ada kaitan dengan saya sebagai calon,” katanya.

“Jika dipilih menjadi wakil rakyat baharu saya akan mempelawa beliau dan menjadi satu modul pembanguna­n untuk Lubok Antu,” katanya dipetik selepas hari penamaan calon di Dewan Sukan Kompleks Sukan Lubok Antu kelmarin.

Namun menurut Nyalau, beliau tidak akan teragak- agak berkempen membantu calon sekiranya calon tersebut datangnya daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) lain iaitu PBB, PDP atau SUPP mewakili kerusi Lubok Antu.

“Ia kerana saya bukan ahli parti tersebut dan rakyat pasti meyakini bahawa pendapat, idea dan pengaruh saya boleh diterima dan senario itu mungkin berbeza dengan PRS yang telah memecat saya,” katanya sambil menambah, pengundi pasti akan memandang rendah beliau sebagai sebahagian daripada jentera parti yang memecatnya.

Pada malam Ahad lalu, Nyalau yang merupakan calon popular dan diyakini mampu mempertaha­nkan kerusi Parlimen Lubok Antu untuk BN pada PRU14 telah dipecat sekali gus hilang kelayakan untuk mempertaha­nkan kerusi yang disandangn­ya itu.

Turut dipecat oleh pucuk kepimpinan tertinggi PRS ialah Timbalan Presiden PRS Datuk Joseph Entulu Belaun selain Edward Kurik, Nyempah Sabot serta Andriana Chumang.

 ??  ??
 ??  ?? NYALAU
NYALAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia