Utusan Borneo (Sarawak)

Hasbi manfaatkan tempoh 11 hari berkempen memenangi hati rakyat

-

LIMBANG: Menerima jolokan ‘ayam sabung’ Limbang, penyandang kerusi Parlimen Limbang Hasbi Habibollah memanfaatk­an tempoh 11 hari berkempen untuk memenangi hati rakyat.

Beliau berkata, seluruh pelosok kawasan di sini dijelajahi bagi menerangka­n pelbagai isu diputat belit pembangkan­g.

“Kita difahamkan pembangkan­g memainkan isu kesesakan bandar, ketiadaan parkir serta liputan Internet lemah untuk kempen mereka.

“Tetapi, kita sudah ada jawapan menangkis isu sudah diberi tumpuan kerajaan Barisan Nasional ( BN) selama ini,” katanya pada perhimpuna­n bersama penyokong dan komponen BN di sini semalam.

Turut sama Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat dan ketua- ketua komponen BN.

Hasbi berkata, pembangkan­g lebih bermi- nat menjadikan isu-isu berkenaan ditular dalam media sosial.

“Saya percaya rakyat di kampung-kampung sudah pandai menilai mana yang benar dan palsu,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan BN bukan menjenguk rakyat secara bermusim tetapi sebaliknya turun padang sepanjang masa.

Katanya keadaan itu berbeza dengan pembangkan­g hanya muncul pada musim pilihan raya sahaja.

“Oleh itu, saya menyeru jentera dan rakyat bersama berdiri teguh bersama BN memastikan kemenangan besar pada 9 Mei nanti,” katanya.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman berkata pihaknya menyasarka­n kemenangan 10,000 majoriti undi pada PRU14 ini.

“Kemenangan itu penting sebagai kesinambun­gan pembanguna­n sekali gus merealisas­ikan hasrat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjadikan negeri ini ke arah ekonomi digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia