Utusan Borneo (Sarawak)

Ia antara yang terkandung dalam Manifesto Stampin calon BN Datuk Dr Sim Kui Hian

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Membina 5,000 unit rumah mampu milik di kawasan Stampin dalam tempoh lima tahun antara Manifesto Stampin oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Sim Kui Hian.

Menurut beliau, ia merupakan antara lima inti pati utama Manifesto Stampin yang dilancarka­n merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) iaitu Batu Kawah, Batu Kitang dan Kota Sentosa.

“Antara kunci utama pembanguna­n di kawasan Stampin adalah rumah mampu milik kerana kawasan ini sudah berkembang pesat.

“Di Batu Kawa misalnya, memang banyak perumahan yang kebanyakan­nya seperti kondominiu­m tetapi harganya sangat tinggi maka itu amat penting membina rumah mampu milik untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Manifesto Stampin yang dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang di pusat operasi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Kawah di sini, semalam.

Tambah Dr Sim, bagi mencapai matlamat berkenaan maka setiap tahun dirancang 1,000 unit rumah mampu milik untuk dibina.

“Kita mahu realistik dengan menyasarka­n 1,000 unit setahun dan dalam tempoh lima tahun kita dapat membina 5,000 unit.

“Saya tahu permintaan untuk rumah mampu milik adalah lebih tinggi daripada itu tetapi kita mahu janji ditepati dan disampaika­n kepada rakyat,” katanya.

Selain kemudahan rumah, manifesto berkenaan juga menumpukan tentang membina lebih banyak sekolah menengah di kawasan itu selain projek jalan bagi mengurangk­an kesesakan lalu lintas.

Menurut beliau, selain itu ia juga merancang membina kompleks pentadbira­n daerah yang baharu supaya masyarakat di Stampim tidak perlu keluar kawasan untuk bekerja.

Ia sekali gus mengelakka­n mereka melalui kawasan lalu lintas yang sesak untuk turun bekerja sebaliknya bekerja di satu pusat sahaja, ujarnya

Mengenai inti pati manifesto jalan dan lalu lintas, katanya beliau telah memohon kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg supaya mewujudkan satu stesen untuk laluan cadangan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di kawasan Stampin.

Dr Sim memberitah­u, ia termasuk di Batu 10 di Kota Padawan serta laluan dari Batu Kawa ke Bau.

Antara inti pati utama Manifesto Stampin oleh Dr

Antara kunci utama pembanguna­n di kawasan Stampin adalah rumah mampu milik kerana kawasan ini sudah berkembang pesat. Datuk Dr Sim Kui Hian Calon BN Parlimen Stampin

Sim sekiranya memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) adalah Rumah Mampu Milik dan Pendidikan, MenggalakK­an Aktiviti Ekonomi, Saliran Pencegahan Banjir, Komuniti serta Jalan dan Lalu Lintas.

Dr Sim akan bertanding satu lawan satu dengan calon DAP Chong Chieng Jen pada PRU14 di kerusi Stampin.

 ??  ?? UNTUK STAMPIN: Dr Sim (tengah) bersama Lo (dua kanan),Temenggung Tan Joo Phoi (kanan), penasihat operasi pilihan raya Parlimen Stampin Datuk Alfred Yap (dua kiri) serta yang lain beraksi menunjukka­n risalah Manifesto Stampin yang dilancarka­n, semalam.
UNTUK STAMPIN: Dr Sim (tengah) bersama Lo (dua kanan),Temenggung Tan Joo Phoi (kanan), penasihat operasi pilihan raya Parlimen Stampin Datuk Alfred Yap (dua kiri) serta yang lain beraksi menunjukka­n risalah Manifesto Stampin yang dilancarka­n, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia