Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat jangan termakan hasutan pembangkan­g, kata Tiong

-

BINTULU: Rakyat di kawasan Parlimen Bintulu dinasihati agar tidak mudah terpengaru­h dengan dakyah pihak pembangkan­g yang cuba memutar belit fakta bagi meraih sokongan rakyat.

Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Datuk Seri Tiong King Sing berkata, rakyat tidak harus termakan hasutan pembangkan­g yang suka membangkit­kan isu yang boleh menimbulka­n kemarahan terhadap Barisan Nasional (BN).

“Saya percaya bahawa rakyat di Bintulu semakin bijak menilai mana satu parti yang benar-benar membela nasib rakyat, sebagaiman­a yang BN lakukan bagi membantu rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Tuai Rumah Kawasan SuaiNiah di Restoran Dinner World di sini, baru- baru ini.

Tiong berharap rakyat di kawasan Bintulu khususnya Suai dan Niah terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN yang sememangny­a terbukti berjaya mentadbir negara ini dengan baik selama ini.

“Justeru saya berharap rakyat di Bintulu terus mem- beri sokongan padu kepada kepimpinan BN dengan mengekalka­n momentum sedia ada, malah memperheba­t sokongan kepada BN khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini,” ujarnya.

Dalam ucapannya, Tiong turut menerangka­n mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) sekali gus berharap rakyat faham akan isu tersebut ekoran GST banyak memberi kebaikan kepada rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia