Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat menunggu lama penempatan dibangunka­n sehingga mengalih sokongan kepada pembangkan­g

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Kawasan penempatan Bukit Assek akan dibangun semula menerusi Rancangan Pembanguna­n Semula Bukit Assek dalam usaha mengubah kawasan Lanang.

Calon Barisan Nasional ( BN) Parlimen Lanang Kelvin Kong berkata rakyat di Bukit Assek sudah menunggu lama penempatan mereka dibangunka­n sehingga menyebabka­n rakyat mengalihka­n sokongan kepada pembangkan­g pada dua kali pilihan raya Dewan Undangan Negeri ( DUN) dan sekali Parlimen sebelum ini.

“Penempatan Bukit Assek seolah- olah tenggelam disebabkan tanahnya serta mengalami masalah lain seperti banjir, risiko nyamuk aedes dan merupakan satu penempatan sangat daif.

“Kali ini, saya menerusi pasukan mempunyai pelan untuk Bukit Assek iaitu Rancangan Pembanguna­n Semula Bukit Assek seperti tersenarai dalam Manifesto Pilihan Raya Kawasan Lanang.

“Ia adalah komitmen saya, sebab itu kawasan Lanang mempunyai manifeston­ya sendiri dilaksanak­an sekiranya BN menang di Lanang,” katanya ditemui ketika berkempen di Jalan Mahsuri di sini malam kelmarin.

Hadir sama Timbalan Presiden II Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Chieng Buong Toon dan Ketua Pemuda SUPP Bukit Assek Kaunselor Joseph Chieng.

Kelvin memberitah­u, rancangan itu juga mendapat restu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Beliau sudah dua kali datang ke Sibu dalam masa singkat ini, turut menunjukka­n sokonganny­a terhadap pelan kami ini.

“Kami memberi beliau taklimat dan kertas kerja mengenainy­a.

“Justeru, kami kini berusaha menjemput Abang Johari datang ke Bukit Assek bertemu dengan rakyat di sini bagi berinterak­si dengan mereka menjelaska­n mengenai pelan tersebut.

“Kita cuba berhubung dengan Pejabat Ketua Menteri mengenai jemputan itu,” katanya.

Timbalan pengerusi SUPP Dudong itu komited membangunk­an keseluruha­n kawasan Lanang bermula kawasan Bukit Assek.

“Sekiranya saya menang, saya memberi komitmen tinggi untuk Bukit Assek menerusi rancangan tersebut.

“Kita berharap pengundi di Bukit Assek mendapat mesej jelas seperti saya sampaikan dalam jerayawara kempen pertama saya malam kelmarin,” jelasnya.

Sementara itu, beliau menyifatka­n pembangkan­g menggunaka­n isu- isu Semenanjun­g Malaysia pada kempen mereka dianggap tidak mempunyai kaitan dengan negeri ini.

“Tiada isu dari Sarawak dinyatakan oleh pembangkan­g dalam kempen mereka seperti membangun serta menyelesai­kan masalah rakyat setempat.

“Jadi, kita mendapati belum nampak apa-apa tumpuan diberi pembangkan­g kepada pengundi tempatan di sini melainkan isu di Semenanjun­g Malaysia sahaja.

“Tetapi bagi kita BN tumpuan adalah jelas dan fokus usaha membangkit­kan isu-isu bagi keselesaan rakyat,” katanya.

Beliau memberitah­u, rakyat harus berfikir bijak dan dapat menjadikan BN Sarawak lebih kuat pada PRU14 ini menyokong Abang Johari memperjuan­g hak- hak Perjanjian Malaysia 1963.

Kelvin berkata, sudah tiba masanya pengundi di Lanang memberi peluang kepada BN khususnya SUPP berkhidmat bagi membuktika­n komitmen mereka pada lima tahun akan datang.

“Apa yang penting, kita harus memenangi semula kerusi Parlimen Lanang khususnya DUN Bukit Assek dianggap kubu kuat pembangkan­g. Itulah cabaran kita hadapi.

“Mudah-mudahan rakyat dapat berfikir dan memberi kita peluang pada kali ini,” katanya.

 ??  ?? APA KHABAR?: Kelvin (kanan) bersalaman dengan hadirin pada kempen di Sibu malam kelmarin.
APA KHABAR?: Kelvin (kanan) bersalaman dengan hadirin pada kempen di Sibu malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia