Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan Patrick tarik diri bertanding Parlimen Mas Gading sudah dijangka

-

KUCHING: Tindakan Timbalan Presiden Parti Bansa DayakSaraw­akBaru(PBDSB) Patrick Anek Uren menarik diri daripada bertanding di kerusi Parlimen Mas Gading sudah dijangka.

Patrick sebelum ini telah mengumumka­n akan bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun tidak hadir pada hari penamaan calon kelmarin.

Ditanya sebab Patrick menarik diri, Pengarah Pemilihan PBDSB Rapelson Rich- ard Hamit berkata keputusan tersebut dicapai sebulat suara oleh parti.

Keputusan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk bertanding satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN).

“Kami tidak mahu dituduh sebagai ‘ ejen BN’ untuk memecah undi dalam PRU14 ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, tindakan menarik diri pada saat akhir oleh Patrick sudah dijangka oleh kedua-dua calon yang bertanding di kerusi Mas Gading.

Calon BN Datuk Anthony Nogeh yang ditemui selesai proses penamaan kelmarin berkata beliau sudah menjangka Patrick akan menarik diri.

Tetapi katanya beliau tidak menjangka pertanding­an satu lawan satu dengan calon DAP Mordi Bimol kerana beliau menjangkak­an kemunculan calon bebas selain Patrick.

Namun bagi Mordi, beliau melihat pertanding­an satu lawan satu akan membuka peluang yang cerahnya untuknya di kerusi itu.

Meskipun di atas kertas, BN berupaya mempertaha­nkan kerusi ini namun sebaliknya boleh berlaku pada hari pengundian nanti.

Jika dilihat keputusan PRU13 yang lepas jurang perbezaan undi antara Mordi dan Nogeh adalah tidak jauh di mana Mordi memperoleh­i 5,293 undi manakala Nogeh memperoleh­i 8,265 undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia