Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Abdillah ikrar beri saingan sengit kepada calon BN

-

KUCHING: Calon Parti Islam Se- Malaysia ( PAS) Wan Abdillah Wan Ahmad berikrar tidak akan membiarkan penyandang yang juga calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Batang Lupar menang mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Beliau sebelum ini pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sebuyau pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) dengan memperoleh­i 1,789 undi, optimis keputusan pilihan raya ini akan berubah.

Pada PRU14 ini, Parlimen Batang Lupar menyaksika­n pertembung­an tiga penjuru antara calon BN diwakili Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Wan Abdillah (PAS) dan Naruddin Mentali daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Wan Abdillah yang merupakan anak jati Sebuyau pernah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Pakit, Sri Aman pada 1982 hingga 1984 sebelum melanjutka­n pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Malah, beliau pernah menjadi warga pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman selama dua tahun sebelum menjadi imam Masjid Daerah Sibu dan Masjid Annuar Sibu dari 2000 hingga 2005.

Selain itu, isteri beliau juga merupakan anak tempatan iaitu dari Kampung Tengah Sri Aman, menjadikan­nya lebih mengenali dan memahami keperluan serta kehendak penduduk di kawasan tersebut.

“Saya akan menggalas amanah ini sehingga kemenangan pada 9 Mei nanti dan apa yang paling penting membawa mesej Islam yang merupakan agama yang membawa keadilan dan kesejahter­aan untuk semua,” katanya.

Pada PRN11 lalu, beliau tewas dengan calon BN yang merupakan penyandang kerusi DUN Sebuyau Datuk Julaihi Narawi yang memperoleh­i 4,531 undi.

Sementara itu, Rohani melahirkan keyakinan bahawa BN mampu mempertaha­nkan kerusi Parlimen Batang Lupar pada PRU14 ini.

“Jentera parti kita kini bergerak aktif bagi memastikan kemenangan dengan majoriti besar pada PRU14 ini.

“Kita mempunyai pengalaman dan pasukan yang kuat untuk mengendali­kan pilihan raya ini tetapi kita tidak memandang mudah kemampuan kedua-dua pencabar,” katanya sambil menambah pihaknya akan melipat gandakan usaha untuk kejayaan BN pada PRU14 ini.

Pada PRU13 Rohani yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Batang Lupar sejak 2004 menang mudah menentang calon PKR Abang Zulkifli Abang Engkeh dengan majoriti 10,964 undi. KUCHING: Calon Parti Keadilan Rakyat ( PKR) di Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin semalam mempersoal­kan janji Barisan Nasional (BN) untuk membina sebuah klinik baharu dan moden di pekan Siburan dekat sini dalam Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

RMK10 merupakan pelan pembanguna­n Malaysia pagi tempoh lima tahun dari 2011 hingga 2015.

“Borneo Post pada 14 April 2011, melaporkan bahwa Menteri Kesihatan ketika itu Datuk Seri Liow Tiong Lai semasa lawatan kerjanya ke Siburan mengesahka­n bahawa klinik baharu dan moden Siburan akan dibina dengan kos RM22 juta.

“Beliau dipetik sebagai berkata projek itu akan dilaksanak­an dalam Rolling Plan kedua, bermula 2013 dan dijangka beroperasi pada 2016 bagaimanap­un sampai hari ini, klinik kesihatan Siburan masih beroperasi di bangunan yang dibina pada 1983,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Tambahnya: “Sekarang sudah 2018, tapi di manakah klinik Siburan yang baharu seperti dijanjikan kerajaan BN.”

Willie juga mempersoal­kan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2015 untuk menaik taraf Jalan Padawan dari Tapah hingga ke Kampung Annah Rais dengan kos RM75 juta.

“Borneo Post pada 5 September 2017, memetik Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Roland Sagah berkata perdana menteri telah meluluskan projek itu di bawah Rolling Plan pertama RMK11 (2016-2020).

“Beliau berkata pembinaan jalan itu akan bermula pada 2016.

“Namun sampai hari ini, projek menaik taraf Jalan Padawan masih belum ada khabar daripada kerajaan BN. Inikah yang dikatakan BN janji ditepati?” katanya.

Beliau berkata kerajaan BN Sarwak sangat bangga dengan 61 kali lawatan Najib ke Sarawak dan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion untuk Sarawak dalam tempoh sembilan tahun ( menjadi perdana menteri).

“Cuba kita renungkan, keuntungan Petronas untuk minyak dan gas dari Sarawak pada 2017 ialah RM15 bilion walaupun harga minyak dunia tidak begitu baik ketika itu.

“Katakan keuntungan purata Petronas dari Sarawak adalah RM18 bilion setahun, maka dalam masa sembilan tahun Petronas telah mengaut keuntungan sebanyak RM162 billion.

“Ini tidak termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) dan cukai pendapatan,” ujarnya.

Menurutnya, angka rasmi kerajaan menunjukka­n kutipan GST dari Sarawak pada 2016 ialah RM2.7 bilion dan RM2.17 bilion pada 2017.

“Oleh itu, Apalah yang hendak dibanggaka­n dengan RM4.3 billion sebagai ‘gulagula’ untuk Sarawak kalau dibanding RM162 bilion yang Petronas sedut dari minyak dan gas Sarawak dalam tem- poh 9 tahun?

“Kerajaan BN Sarawak juga bangga dengan Najib kerana meluluskan RM16 bilion untuk melaksanak­an projek Lebuh Raya Pan Borneo.

“RM16 bilion adalah hanya setahun keuntungan Petronas yang diperolehi dari Sarawak. Ke manakah baki keuntungan Petronas dari Sarawak pergi?” soalnya.

Willie akan menentang calon BN daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Genot@Jeannoth Sinel dan Blun Ribos (STAR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Ini merupakan cubaan kedua Willie selepas cubaan pertamanya pada PRU13 (2013) gagal apabila tewas di tangan Datuk Seri James Dawos Mamit, penyandang kerusi Puncak Borneo selama tiga penggal ketika itu (1999 hingga 2008).

Pada pertarunga­n tiga penjuru itu Willie memperoleh 10,740 undi manakala Dawos 20, 4621 dan calon STAR Dr Dripin Sakoi hanya memperoleh 704 undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia