Utusan Borneo (Sarawak)

Sai kesal gagal bertanding rebut kerusi Parlimen Kapit

-

KAPIT: Calon Parti Reformasi Negeri ( STAR) Sai Malaka hilang kelayakan untuk bertanding di kerusi Parlimen Kapit pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) kelmarin selepas gagal mengemukak­an penyata kewangan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kapit Elvis Didit mengumumka­nnya pada jam 11 pagi di pusat penamaan calon Parlimen Kapit di Kompleks Kerajaan Negeri, Kapit.

Sai diiringi pencadang Lasan Sriban dan penyokong Emelia Ambrose mengemukak­an borang pencalonan pada jam 9.02 pagi.

Kemudian pada pengumuman jam 11 pagi, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan­nya kerana Sai adalah ejen kepada adiknya Ramli Malaka pada PRU13 dan Ramli gagal mengemukak­an penyata kewangan untuk pilihan raya.

Ketika ditemui pemberita, Sai kecewa dengan pengumuman beliau hilang kelayakan untuk bertanding atas sebab gagal mengemukak­an laporan kewangan dan perbelanja­an pilihan raya.

“Ramli memberitah­u beliau menyerahka­n akaunnya melalui Pejabat Daerah Bintulu, bukannya terus dihantar ke pejabat SPR Negeri.

“Saya tidak tahu bahawa perkara ini akan menjejaska­n kerjaya politik saya.

“Ini adalah pengalaman buruk bagi saya, saat-saat paling gelap dalam hidup saya.

“Saya ingin menasihati mereka yang berhasrat menjadi calon dalam pilihan raya akan datang, agar berhati-hati apabila didekati menjadi ejen.

“Jika calon gagal mengemukak­an penyata kewangan dan perbelanja­an, ejen turut sama terjejas,” ujarnya.

 ??  ?? SAI MALAKA
SAI MALAKA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia