Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang pendidikan sama rata beri peluang Orang Asli lebih maju

-

PEKAN: Masyarakat Orang Asli di negara ini kini lebih terbuka dan mampu berfikir jauh tentang perancanga­n masa depan khususnya dalam bidang pendidikan.

Tokoh Cemerlang Pelajar Orang Asli Daerah Pekan Azni Muhammad, 18, berkata beliau menjadikan pelajaran sebagai medium untuknya mengubah nasib keluarga dan mengejar cita-cita bergelar guru.

Remaja berketurun­an Jakun dari Kampung Melai, Tasik Chini ini berkata pelbagai bantuan disediakan pihak kerajaan untuk membantu anak-anak Orang Asli menerima pendidikan sama seperti masyarakat lain di kawasan itu.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediaka­n pelbagai jenis bantuan untuk keperluan sokongan pembelajar­an seperti Skim Pinjaman Buku Teks bagi semua murid tanpa mengira pendapatan keluarga,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau yang memperoleh keputusan 6A dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru dan Kecemerlan­gan Pendidikan Pekan di Dewan Canseleri Sultan Ahmad Shah, Universiti Automotif DRB Hicom Malaysia di sini semalam.

Azni yang juga bekas pelajar SMK Paloh Hinai, berkata beliau dan rakan-rakannya turut menerima tuisyen percuma tajaan Felda selain seminar motivasi daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui projek Majlis Pembanguna­n Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC).

Seorang lagi penerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Mohammad Izzuddin Saiful Hisam, 18, turut berterima kasih dengan peluang pendidikan yang diberikan.

“Kerajaan tidak pernah menganakti­rikan pelajar di luar bandar dalam mendapatka­n peluang pendidikan sama rata seperti pelajar di bandar,” katanya.

Sementara itu, Hamidah Muhammad, 27, Orang Asli dari Kampung Arong turut berkongsi pendapat serta pengalaman sama.

“Saya masih ingat ketika bersekolah dahulu, kami tidak pernah dipinggirk­an dan menerima bantuan yang tidak pernah putus daripada kerajaan termasuk dari segi pengangkut­an untuk ke sekolah (merentasi Tasik Chini) di Sekolah Kebangsaan Tasik Chini dan Sekolah Menengah Paloh Hinai.

“Perhatian yang diberikan telah banyak mendorong semangat murid, guru dan juga kakitangan keseluruha­nnya untuk lebih berusaha menuju ke arah kecemerlan­gan walaupun hidup di kawasan pedalaman,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia