Utusan Borneo (Sarawak)

Jamin pilihan raya paling selamat dalam sejarah demokrasi negara

-

BAGAN DATUK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyusun strategi penugasan lebih berkesan dan menyeluruh dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata jentera polis telah siap siaga dari segi fizikal, emosi dan rohani yang tertinggi bagi menghadapi apa jua cabaran sepanjang proses PRU14.

“Setiap petugas PDRM telah diingatkan agar sentiasa berhemah dan profesiona­l dalam menjalanka­n tugas, demi mengelakka­n sebarang implikasi yang mampu mencalar kredibilit­i pasukan dan imej kerajaan.

“Kami juga berpegang teguh kepada amanat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu PRU14 menjadi pilihan raya paling selamat dalam sejarah demokrasi negara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program NBOS: 1AMANWEEK 2018 Banteras Jenayah dan Perangi Dadah di Dataran Bagan Datuk di sini, semalam.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, menyempurn­akan perasmian program tersebut.

Mohamad Fuzi berkata pengundi tidak perlu merasa khuatir untuk keluar mengundi kerana PDRM akan memastikan keselamata­n dan keselesaan sepanjang mereka menjalanka­n tanggungja­wab menentukan masa depan negara.

“Jangan mudah terpedaya dengan khabar angin atau berita palsu yang boleh mendatangk­an kesangsian atau kegusaran dalam kalangan

Setiap petugas PDRM telah diingatkan agar sentiasa berhemah dan profesiona­l dalam menjalanka­n tugas, demi mengelakka­n sebarang implikasi yang mampu mencalar kredibilit­i pasukan dan imej kerajaan. Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

pengundi sebaliknya sentiasa patuh serta akur pada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Amalkan sikap hormatmeng­hormati dan janganlah melakukan sebarang provokasi yang boleh mengganggu gugat ketenteram­an awam, agar proses pilihan raya dapat berjalan dalam keadaan aman dan tenteram,” katanya.

Beliau berkata PDRM menghargai segala kerjasama yang diberikan masyarakat kepada polis selama ini.

“Polis adalah masyarakat dan masyarakat adalah polis, hubungan simbiosis atau kebergantu­ngan antara polis dan masyarakat merupakan elemen terpenting dalam usaha kita memerangi jenayah,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata PDRM sentiasa mengalualu­kan penglibata­n serta komunikasi berterusan antara masyarakat dengan pihak polis terutama dalam aspek perkongsia­n maklumat berkaitan jenayah.

Bagan Datuk merupakan destinasi pertama penganjura­n Program NBOS: 1AMANWEEK di Perak.

Program yang mula diadakan pada 2015 itu telah menjelajah beberapa negeri termasuk Sarawak, Kelantan dan Negeri Sembilan serta Putrajaya dan Kuala Lumpur. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTUNJUKA­N: Pertunjuka­n Pembantera­san Jenayah:Rampasan dan Tangkapan ditunjukka­n kepada orang ramai sempena majlis 1AmanWeek Banteras Jenayah dan Perangi Dadah yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Waterfront...
— Gambar Bernama PERTUNJUKA­N: Pertunjuka­n Pembantera­san Jenayah:Rampasan dan Tangkapan ditunjukka­n kepada orang ramai sempena majlis 1AmanWeek Banteras Jenayah dan Perangi Dadah yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Waterfront...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia