Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Kedah gagalkan cubaan bangunkan pusat penipuan Macau Scam

-

ALOR SETAR: Polis Kedah menggagalk­an cubaan sekumpulan warga Taiwan dan tempatan yang cuba membangunk­an sebuah pusat operasi bagi menjalanka­n aktiviti kes penipuan Macau Scam dan penipuan pinjaman tidak wujud di sekitar negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kedah Supt Chan Teck Paing berkata ia susulan serbuan ke atas sebuah kondominiu­m dekat sini pada 12 tengah hari Rabu lalu yang dijalankan pasukan JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Kota Setar.

Dalam serbuan itu, polis menahan tiga lelaki tempatan dan tiga lagi lelaki warga Taiwan dipercayai dalang kepada sindiket itu yang memasuki Malaysia menggunaka­n permit melancong, kesemuanya berumur 20 hingga 37 tahun.

“Daripada tangkapan tersebut, polis menahan seorang lagi lelaki tempatan kerana disyaki terlibat mencari akaun bank ‘keldai akaun’ untuk kegunaan sindiket ini dalam penerimaan wang hasil penipuan,” katanya dalam sidang media di IPK Kedah di sini semalam.

Pihaknya turut merampas barangan bernilai RM15,000 termasuk komputer, laptop, kad sim tempatan, telefon bimbit serta kad mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) yang dipercayai akan digunakan untuk menjalanka­n kegiatan haram itu.

Menurutnya sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, polis merekodkan 28 kes penipuan membabitka­n Macau scam bernilai lebih setengah juta dan 50 kes penipuan pinjaman tidak wujud melibatkan kerugian RM240,000.

“Sepanjang tahun 2017 pula, polis merekodkan 158 kes Macau scam dengan jumlah kerugian RM4.1 juta dan 241 kes penipuan pinjaman tidak wujud membabitka­n nilai kerugian RM1.2 juta,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya menyaranka­n orang ramai agar membuat semakan di laman web ccid. rmp. gov. my>semakmule bagi mengetahui sama ada akaun bank yang bakal dibuat pembayaran pernah terlibat dalam kes jenayah komersial atau tidak.

“Jangan sesekali serahkan atau sewakan akaun bank apatah lagi mendedahka­n nombor kad ATM serta nombor pin kepada pihak ketiga.

“Lebih penting sekali, segera putuskan panggilan yang diterima daripada pihak yang mencurigak­an serta buat pengesahan segera dengan pihak berkaitan terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Chan (dua kiri) menunjukka­n pasport warga Taiwan dan pelbagai jenis barangan yang dirampas bernilai RM4,084 pada sidang media mengenai sindiket penipuan Macau Scam dan pinjaman tidak wujud di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dekat Alor...
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Chan (dua kiri) menunjukka­n pasport warga Taiwan dan pelbagai jenis barangan yang dirampas bernilai RM4,084 pada sidang media mengenai sindiket penipuan Macau Scam dan pinjaman tidak wujud di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dekat Alor...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia