Utusan Borneo (Sarawak)

Insentif khas pengawal keselamata­n jika BN diberi mandat di Terengganu

-

KUALA TERENGGANU: Insentif khas untuk pengawal keselamata­n akan diwujudkan oleh kerajaan Terengganu bagi meningkatk­an pendapatan mereka sekali gus membantume­ngurangkan beban kos sara hidup yang tinggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata langkah itu juga bertujuan meningkatk­an taraf kerjaya tersebut di mata masyarakat yang sebelum ini agak skeptikal dan memandang rendah pekerjaan tersebut kerana gaji yang kecil.

Beliau berkata bagaimanap­un, insentif berkenaan hanya akan direalisas­ikan sekiranya rakyat Terengganu terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

“Ini inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatk­an pendapatan mereka...kerana mereka dikategori­kan sebagai golongan kelas pertengaha­n, dan bantuan khas kurang diberikan kepada mereka seperti yang dinikmati golongan berpendapa­tan rendah.

“Dengan cara ini juga bidang kawalan keselamata­n tidak lagi dipandang rendah...(oleh itu) orang yang berkelulus­an tinggi pun boleh memilih bidang ini sebagai kerjaya mereka apabila insentif khas itu dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan taklimat dan sesi dialog industri kawalan keselamata­n serta pelaksanaa­n program pengawal keselamata­n bertauliah bersama-sama Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamata­n) KDN, Datuk Seri Nadzri Siron; Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail dan Presiden Persatuan Perkhidmat­an Kawalan Keselamata­n Malaysia, Datuk Seri Mustapa Ali.

Mengulas lanjut Ahmad Razif berkata bentuk insentif tersebut akan dikaji terlebih dahulu termasuk mengambil kira kemampuan kerajaan negeri sebelum ia dilaksanak­an.

“Kita akan buat kajian terlebih dahulu dan setelah itu baru boleh kita masukkan ke dalam bajet kerajaan negeri... apa yang penting insentif itu diharapkan dapat membantu mengurangk­an beban kewangan golongan itu yang dihimpit kos sara hidup yang tinggi ketika ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia