Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan Mahathir pesawat disabotaj melampau: Mahdzir

-

KUALA NERANG: Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pesawat yang dinaikinya pada Jumaat cuba disabotaj pihak tertentu bagi menggagalk­an pencalonan­nya bagi kerusi Parlimen Langkawi Pilihan Raya Umum Ke14 pada Jumaat, merupakan tuduhan yang melampau.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Dr Mahathir tidak wajar mengeluark­an kenyataan sedemikian sehinggala­h siasatan terperinci dijalankan pihak berwajib.

“Kita tahu pilihan raya dah dekat dan pelbagai provokasi akan digunakan untuk dapatkan sokongan dan hendak bangkitkan rasa simpati.

“...kita kena berpada-pada dengan kenyataan yang belum tentu betul,” katanya kepada pemberita pada Program Ken- duri Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pedu di sini, semalam.

Kelmarin, Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) mengesahka­n tiada unsur sabotaj melibatkan pesawat yang dinaiki Dr Mahathir sebaliknya, siasatan mendapati pesawat itu gagal terbang akibat masalah teknikal kecil dan kesalahan rutin iaitu kebocoran udara dari bahagian kiri tayar depan pesawat.

Pada Jumaat, Dr Mahathir mendakwa pesawat yang dinaikinya menuju ke Langkawi dirosakkan pihak tertentu dan tidak dapat dibaiki dalam tempoh singkat.

Dalam pada itu, Mahdzir meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan perkara itu itu kerana siasatan telah dijalankan pihak yang berwibawa.

“Sangkaan dan tuduhan ini bukan perkara baharu. Lepas ini akan ada sangkaan buruk kepada kerajaan lagi terhadap RoS ( Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan), tentang war- ganegara Bangladesh mengundi dan sebagainya,” kata beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Mahdzir Khalid (lima, kiri) bersama para peserta pada Program Haji dan Umrah sempena Program Kenduri Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pedu semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Mahdzir Khalid (lima, kiri) bersama para peserta pada Program Haji dan Umrah sempena Program Kenduri Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pedu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia