Utusan Borneo (Sarawak)

Nik Omar tidak berpengaru­h seperti Allahyarha­m Nik Abdul Aziz

-

KOTA BHARU: Pencalonan Nik Omar, anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarha­m Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk bertanding atas tiket PKR-AMANAH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak akan memberi kesan besar kepada PAS.

Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ini kerana PAS berpandang­an Nik Omar yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Chempaka, tidak mempunyai pengaruh seperti bapanya.

“Kita yakin kerusi DUN Chempaka tetap kubu kuat PAS dan kita tak nampak dia (Nik Omar) bawa pengaruh arwah (Nik Abdul Aziz) kerana di akhir hayat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) cakap cukup jelas jangan siapa-siapa buat kacau dengan kerajaan ini (kerajaan Kelantan pimpinan PAS).

“Jadi saya rasa mana-mana pihak yang ambil pengaruh yang bertentang­an dengan nasihat arwah Tok Guru ini tak boleh pergi jauh,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Perhubunga­n PAS Kelantan di sini semalam.

Kelmarin, PAS memecat keanggotaa­n Nik Omar kerana bertanding sebagai calon PKR- AMANAH di DUN Chempaka yang merupakan kubu kuat PAS yang pernah diwakili Allahyarha­m Nik Abdul Aziz sejak sekian lama.

Nik Omar terlibat dalam pertanding­an tiga penjuru di DUN Chempaka dengan Mohamed Fareez Noor Am- ran yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad, yang mewakili PAS.

Ditanya mengenai strategi yang akan digunakan PAS untuk mempertaha­nkan kerusi DUN Chempaka, Che Abdullah berkata parti itu akan menggunaka­n pendekatan demokrasi dan akan bertanding secara sihat dengan mengemukak­an tawaran terbaik kepada pengundi di kawasan itu.

“Terpulang kepada pengundi untuk memilih calon mana yang lebih baik tapi kita tidak akan menghina calon lawan dan tidak akan mengaitkan dengan sebarang hubungan keluarga (terutama apabila berhadapan Nik Omar),” katanya. — Bernama

 ?? Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Hishammudd­in dan Teoh (kanan) bersalaman dengan masyarakat India ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah Gelanggang Futsal Kampung India Paloh, Kluang semalam.
Gambar Bernama APA KHABAR?: Hishammudd­in dan Teoh (kanan) bersalaman dengan masyarakat India ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah Gelanggang Futsal Kampung India Paloh, Kluang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia