Utusan Borneo (Sarawak)

Calon semak kelayakan, keperluan dan syarat bertanding

-

MUAR: Calon- calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) bertanggun­gjawab menyemak keperluan, syarat serta kelayakan bertanding terlebih dahulu seperti ditetapkan mengikut Perlembaga­an Negara.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim berkata pemimpin yang berjaya tidak akan menyalahka­n orang lain atas kesilapan mereka sendiri.

“Ada dua perkara penting yang perlu diketahui calon iaitu pematuhan terhadap perlembaga­an negara iaitu syarat-syarat seperti calon tidak hilang akal, hukuman denda dan penjara serta bankrap. Ini jika tidak dipenuhi tiada siapa boleh tolong dan memang tidak layak (jadi calon).

“Satu lagi ialah memenuhi Akta Suruhanjay­a Pilihanray­a (SPR), jika salah datang dari diri sendiri kenapa salahkan pihak lain?” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Transforma­si Sekolah 25 (TS25) di Sekolah Kebangsaan Parit Jawa di sini semalam.

Razali selaku penyandang kerusi parlimen Muar berkata sistem SPR itu sendiri telah melalui pelbagai proses penambahba­ikan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata sebagai contoh, SPR telah memudahkan sistem pengisian borang supaya urusan calon untuk bertanding dipermudah­kan.

“Kalau dahulu ejaan nama salah pun boleh jadi sebab permohonan ditolak. Tetapi sekarang, kalau sebab isi borang sahaja, tidak mungkin boleh tolak. Tetapi jika ada peraturan penting pun calon tak dapat penuhi macam mana nak jadi pemimpin?” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia