Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak tanding Bebas bukti Mohd Puad bijaksana

-

KLUANG: Keputusan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi untuk tidak bertanding atas tiket Bebas setelah mendapat nasihat daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, adalah tindakan yang waras dan bijaksana, kata Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Naib Presiden UMNO itu berkata tindakan Mohd Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat menunjukka­n pemimpin negeri ini sentiasa meletakkan konsep ‘ Muafakat Johor’ sebagai keutamaan sekali gus mengutamak­an nilai perjuangan parti daripada nafsu peribadi.

“Alhamdulil­lah, saya kenal Puad (Mohd Puad) dari dulu lagi. Tuanku (Sultan Ibrahim), saya rasa memberi titah dan nasihat yang melihat pertimbang­an negeri kita sendiri.

“Tuanku tidak mahu melihat pemimpin kita, kerana marah, emosi, atau kedudukan semasa, membuat kepu- tusan yang akhirnya menjejaska­n kredibilit­i pemimpin berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah gelanggang futsal di Kampung India, Paloh di sini semalam.

Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas berkata pada mulanya beliau bimbang jika Mohd Puad yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) membuat keputusan yang bercanggah dengan parti.

“Saya bimbang di peringkat awal, takut Puad buat keputusan bercanggah dengan cara kita di Johor. Tetapi, akhirnya dia buat satu keputusan yang saya cukup alualukan,” katanya.

Kelmarin, Mohd Puad menerusi catatan Facebook berkata sebagai Bangsa Johor, beliau akhirnya mengambil keputusan tidak bertanding atas tiket Bebas setelah mendapat nasihat Sultan Johor.

Sebagai rakyat Johor yang setia kepada rajanya, beliau patuh kepada titah Sultan Ibrahim kerana beliau yakin sultan memberikan nasihat itu atas kepentinga­n Bangsa Johor.

Mohd Puad sebelum ini berkata mahu bertanding sebagai calon Bebas kerana kecewa namanya tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebaliknya digantikan dengan Haliza Abdullah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat.

Namun, sehingga tempoh penamaan calon tamat kelmarin, Mohd Puad tidak kelihatan di pusat penamaan calon di Batu Pahat.

Dalam catatan Facebook itu, Mohd Puad yang melepaskan jawatan Ketua Pengarah JASA pada 25 April lepas, menyatakan bahawa beliau menghadiri majlis bertandang anak perempuann­ya di rumah pengantin lelaki di Bandar Baru Uda, Johor Bahru kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia