Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan pecat ahli MCA tanding bebas dan pembangkan­g wajar: Chong

-

SEREMBAN: Tindakan MCA memecat beberapa anggotanya kerana bertanding sebagai calon Bebas dan parti pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah wajar, kata Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Seremban berkata tiada pilihan kedua diberikan kepada mana-mana anggota yang mensabotaj parti dengan bertanding di bawah tiket parti lain selain MCA.

“Kita (MCA) sudah ada keputusan di mana ahli parti yang bertanding bukan atas tiket kita, kita akan pecat, tiada pilihan kedua. Ini kerana kita kena pastikan disiplin dalam parti itu kekal.

“Ini terjadi kerana hendak sangat bertanding tapi tak diberikan peluang. Bagaimanap­un, kita kena ikut (arahan) parti kerana yang bertanding ini mewakili parti bukan orang perseorang­an. Kalau tak terpilih patutnya kita menyokong mana-mana calon yang dipilih (parti),” katanya kepada pemberita selepas pelancaran manifesto khas untuk Parlimen Seremban di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan MCA yang memecat 12 anggotanya selepas didapati melakukan tindakan bercanggah dengan perlembaga­an parti, berkuat kuasa semalam.

Pengerusi Lembaga Tatatertib MCA Tan Sri Chor Chee Heung dipetik sebagai berkata tujuh daripada mereka telah bertindak menjadi calon Bebas dan calon parti pembangkan­g bagi PRU14 manakala lima lagi menjadi pencadang/ penyokong atau saksi kepada calon-calon itu.

Dalam perkembang­an lain, ketika diminta mengulas mengenai kemenangan tanpa bertanding Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam, Chong berkata kejayaan itu merupakan satu suntikan semangat untuknya berusaha bersungguh-sungguh dalam misi merampas kembali Parlimen Seremban daripada DAP.

“Bila dengar pengumuman bahawa Tok Mat (Mohamad) menang, semua jentera lebih bersemanga­t kerana ketua dah menang dan saya yakin kita akan terus memimpin Negeri Sembilan,” katanya.

Kemenangan Mohamad diisytihar­kan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Amino Agos Suyub di pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau di sini, kelmarin.

Ini berikutan calon PKR, Dr S. Streram tidak dapat mengemukak­an kertas penamaan calon selepas gagal membawa bersama pas calon seperti yang disyaratka­n Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehka­nnya memasuki pusat penamaan calon.

Selain Dr Streram, keduadua penyokong dan pencadangn­ya juga tidak dapat memasuki pekarangan dewan itu kerana tidak mempunyai pas perakuan daripada SPR.

Pengumuman itu menyaksika­n Mohamad, yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Sembilan, mempertaha­nkan kerusi DUN Rantau buat penggal keempat sejak 2004. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BENTANG: Chong membentang­kan Manifesto Seremban‘Serembanku Hebat’ di Bilik Gerakan BN Parlimen Seremban semalam.
— Gambar Bernama BENTANG: Chong membentang­kan Manifesto Seremban‘Serembanku Hebat’ di Bilik Gerakan BN Parlimen Seremban semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia