Utusan Borneo (Sarawak)

Khaled tidak ambil mudah persaingan empat penjuru

-

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengalu-alukan persaingan empat penjuru yang dihadapiny­a bagi kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Permas serta Parlimen Pasir Gudang pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei ini.

Menteri Besar Johor itu berkata beliau melihat persaingan tersebut adalah sesuatu yang amat serius dan tidak mengambil mudah, terutamany­a dalam memastikan kemenangan terus berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Kerusi ini menjadi tumpuan kerana kedudukan saya sebagai Pengerusi BN negeri dan Menteri Besar. Kita harus ingat sebelum ini, bekas Pengerusi Perhubunga­n dan Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman juga menjadi tumpuan ketika dikalahkan lima tahun dahulu.

“Mungkin sebab itulah tumpuan pada kali ini adalah kepada saya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelan- caran Jimat Belanja Dapur, di Pasar Tani Kekal Permas Jaya, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertanding­an empat penjuru yang bakal dihadapiny­a dalam mempertaha­nkan kerusi DUN Permas yang dimenangin­ya dan kerusi Parlimen Pasir Gudang yang dimenangi wakil BN Datuk Normala Abdul Samad, pada pilihan raya umum lepas.

Pertanding­an tersebut bakal menyaksika­n beliau berdepan Ab Aziz Abdullah (PAS), Chee Jock (BEBAS) dan Hassan Abdul Karim ( PKR) bagi kerusi parlimen manakala untuk kerusi DUN beliau bakal bertemu, juga dengan Ab Aziz selain Datuk Che Zakaria Mohd Salleh (PKR) serta Rohani Yaacob, calon BEBAS. — Bernama

 ?? —Gambar Bernama ?? JIMAT: Mohamed Khaled menunjukka­n harga telur gred C selepas melancarka­n Jimat Belanja Dapur dan Himpunan Usahawan FAMA Peringkat Parlimen Pasir Gudang di Pasar Tani Kekal Permas Jaya semalam.
—Gambar Bernama JIMAT: Mohamed Khaled menunjukka­n harga telur gred C selepas melancarka­n Jimat Belanja Dapur dan Himpunan Usahawan FAMA Peringkat Parlimen Pasir Gudang di Pasar Tani Kekal Permas Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia