Utusan Borneo (Sarawak)

Calon PAS DUN Kota Anggerik bagaikan membuka pekung di dada

-

SHAH ALAM: Calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kota Anggerik, Ahmad Dusuki Abdul Rani dilihat seperti membuka pekung di dada apabila mendakwa rumah urut dan premis judi semakin berleluasa di Shah Alam sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari berkata tindakan Ahmad Dusuki selaku Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam itu secara tidak langsung mengakui kelemahan pentadbira­n kerajaan negeri Selangor yang pernah dianggotai PAS dalam menangani isu berkenaan.

“Semasa Selangor di bawah pentadbira­n BN, isu seperti rumah urut, judi dan sebagainya langsung tidak wujud, tetapi apabila gabungan pembangkan­g PKR, PAS dan DAP (ketika itu) mentadbir, premis tidak bermoral ini semakin bertambah di kawasan Shah Alam.

“Saya tidak faham, mengapa masa pilihan raya baharu dia ( Ahmad Dusuki) bangkitkan hal ini sedangkan dia merupakan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA) manakala PAS sendiri adalah sebahagian parti yang mentadbir kerajaan negeri sejak hampir 10 tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan program ramah mesra bersama penduduk Bukit Jelutong, di sini, semalam.

Sebelum ini, tular satu rakaman video hampir tiga minit mengenai ucapan Ahmad Dusuki dipercayai dalam salah satu ceramahnya di sekitar bandar raya ini.

Dalam video berkenaan Ahmad Dusuki mendakwa pembanguna­n yang dipelopori kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR di Seksyen 7 dan Setia Alam di sini membawa kepada kewujudan lebih banyak kawasan maksiat seperti premis urut serta judi di Shah Alam.

Pendakwah itu yang bakal ditentang calon BN Jumaeyah Masdi dan calon PKR Mohd Najwan Halimi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini, juga berkata terdapat banyak rumah urut di Seksyen 25, Seksyen 18 dan beberapa kawasan lain di Shah Alam.

Pada masa sama, Azhari yang juga calon BN bagi kawasan Parlimen Shah Alam mahu para pengundi di kawasan Parlimen itu melihat sikap PAS dan PKR yang sebelum ini sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatka­n jawatan seh- ingga mengabaika­n amanah yang diberikan kepada mereka.

Pada PRU14 ini, Azhari berdepan pertanding­an tiga penjuru apabila beliau bakal ditentang calon PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan penyandang kerusi Parlimen itu Khalid Abdul Samad daripada AMANAH. Ketika memenangi kerusi itu pada PRU13, Khalid bertanding atas tiket PAS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia