Utusan Borneo (Sarawak)

Phillips ledak gol kemenangan West Brom, hidupkan peluang tipis elak penyingkir­an apabila benam Newcastle 1-0

-

LONDON, England: Cesc Fabregas meningkatk­an peluang Chelsea untuk memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan apabila gol tunggal beliau memastikan kemenangan 1-0 di Swansea City sementara West Bromwich Albion menghidupk­an peluang tipis untuk mengelak penyingkir­an apabila menewaskan Newcastle United 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

F a b r e g a s memberikan permulaan sempurna Chelsea di Stadium L i b e r t y a p a b i l a menyempurn­akan h a n t a r a n Eden Hazard untuk gol ke-50 beliau dalam Liga Perdana seawal minit keempat.

Bagaimanap­un, gol itu akhirnya sudah memadai untuk Chelsea mencipta kemenangan ketiga berturut-turut dan merapatkan kedudukan dengan pasukan di tangga keempat, Tott e n h a m Hotspur dengan kurang d u a m a t a

Ia penting untuk kami mengutip tiga mata. Masalah utama kami musim ini ialah kami mencipta banyak peluang tetapi gagal menyempurn­akannya. Antonio Conte Pengurus Chelsea

dengan Spurs menentang Watford hari ini. “Ia penting untuk kami mengutip tiga mata. Masalah utama kami musim ini ialah kami mencipta b a n y a k p e l u a n g t e t a p i g a g a l menyempurn­akannya,” kata p e n g u r u s Chelsea, Antonio Conte. “Satu-satu cara ialah kami terus memberi tekanan ke atas empat pasukan teratas ialah dengan ke- menangan. Hari ini sangat positif untuk memberi tekanan ke atas Tottenham.”

Ia adalah kekalahan mengecewak­an buat Swansea dan anak didik Carlos Carvalhal sekarang hanya satu mata di atas zon penyingkir­an dengan baki tiga perlawanan.

West Brom akan disingkirk­an dari Liga Perdana jika gagal menang di St James’ Park tetapi Matt Phillips menjaringk­an gol kemenangan dalam separuh masa pertama untuk mengekalka­n status mereka dalam Liga Perdana untuk mungkin beberapa jam lagi sebelum perlawanan lain. Hantaran lintang Jake Livermore disempurna­kan Phillips untuk menewaskan penjaga gol Martin Dubravka pada minit ke-29. West Brom, di tangga terbawah liga dengan lima mata dari zon selamat dan temp o h l a - pan musim dalam Liga Perdana tetapi akan berakhir lebih awal jika gagal mengutip mata maksima dari dua perlawanan terakhir – menentang Tottenham dan Crystal Palace.

Pengurus sementara West Brom, Darren Moore berkata: “Kami tidak dapat mengawal keputusan lain. Tiada apa yang dapat kami lakukan.

“Kami hanya cuba melakukan segala-gala yang kami mampu sehingga ke akhir musim. Pemain sudah melakukan yang terbaik sejak saya tiba (sebagai pengurus).”

Dusan Tadic mengembali­kan harapan Southampto­n untuk mengelak penyingkir­an apabila dua gol beliau membantu menewaskan Bournemout­h 2-1 di St Mary’s. Skuad kendalian Mark Hughes itu, yang berada di tangga ketiga dari bawah liga membuka jaringan apabila Tadic menyempurn­akan hantaran Mario Lemina pada minit ke-25.

Joshua King mengikat kedudukan buat Bournemout­h pada minit akhir sebelum rehat tetapi Southampto­n kembali di hadapan pada minit ke-54.

Southampto­n berharap untuk melanjutka­n tempoh dalam Liga Perdana untuk musim keenam dan kini satu mata dari zon selamat dengan baki tiga perlawanan.

“Ini adalah kemenangan yang paling penting dalam sejarah kami,” kata Tadic. “Kami bersaing untuk terus hidup dan kami menunjukka­nnya. Kami tahu kami harus menang, tidak kira apa jua cara kami bermain.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengakui pasukannya tidak beraksi dengan baik ketika membuat persediaan untuk perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Roma pada pertengaha­n minggu ini apabila seri tanpa jaringan dengan Stoke City di Anfield.

Liverpool membawa kelebihan 5-2 dari perlawanan pertama ke Roma Rabu ini tetapi ketika menentang Stoke, mereka gagal mencari gol kemenangan walaupun menguasai permainan.

Keputusan seri itu menyebabka­n mereka memerlukan empat mata dari baki dua perlawanan untuk menjamin kelayakan automatik ke Liga Juara-Juara menerusi kedudukan liga.

“Saya melihat segala-gala yang saya mahukan kecuali kelancaran dan kegembiraa­n di hadapan pintu gol lawan,” kata Klopp. “Ia hari yang sukar tetapi apa yang lebih baik tiada pemain yang cedera.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? JARINGAN KE-50 LIGA: Fabregas (dua kanan) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pertama perlawanan pada aksi liga di antara Swansea dan Chelsea di Stadium Liberty, Swansea pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP JARINGAN KE-50 LIGA: Fabregas (dua kanan) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pertama perlawanan pada aksi liga di antara Swansea dan Chelsea di Stadium Liberty, Swansea pada Sabtu lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? GOL PENTING: Jaringan Phillips (kanan) memastikan West Brom mencipta kemenangan berharga di St James’ Park bagi menghidupk­an harapan tipis mengelak penyingkir­an dari Liga Perdana Inggeris.
— Gambar Reuters GOL PENTING: Jaringan Phillips (kanan) memastikan West Brom mencipta kemenangan berharga di St James’ Park bagi menghidupk­an harapan tipis mengelak penyingkir­an dari Liga Perdana Inggeris.
 ?? — Gambar Reuters ?? GEGAR JARING: Higuain (kanan) menanduk masuk gol kemenangan Juve pada minit akhir permainan ketika beraksi pada perlawanan liga di San Siro, Milan Sabtu lepas.
— Gambar Reuters GEGAR JARING: Higuain (kanan) menanduk masuk gol kemenangan Juve pada minit akhir permainan ketika beraksi pada perlawanan liga di San Siro, Milan Sabtu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia