Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi cemerlang Bale ‘buka mata’ Zidane

-

MADRID, Sepanyol: Gareth Bale menjaringk­an gol untuk skuad berbeza Real Madrid ketika membuat persediaan untuk perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich dengan menewaskan Leganes 2-1 dalam aksi La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Bale membuka jaringan awal buat Real sebelum Borna Mayoral menjadikan kedudukan 2- 0 sebelum rehat.

Darko Brasanac merapatkan kedudukan buat Leganes tetapi Real mengekalka­n kedudukan sehingga tamat permainan.

“Saya berasa sangat gembira dengan sikap pemain saya hari ini, dengan 10 pertukaran dalam kesebelasa­n utama menentang Bayern, dengan pemain yang tidak banyak bermain musim ini,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

“Kami tidak boleh berasa gembira dengan apa yang sudah kami lakukan dalam liga. Kami banyak kehilangan mata di awal musim dan kemudian kami boleh berasa lebih bagus tetapi ia boleh berlaku dalam satu musim.

“Sekarang kami harus kembali berlatih kerana kami mempunyai satu lagi perlawanan penting tahun ini. Kami harus mempertaha­nkan kejuaraan kami (Liga Juara-Juara).”

Real kekal di tangga ketiga, satu mata di belakang kelab jiran, Atletico Madrid yang bermain lewat menentang Alaves sem e n t a r a B a r c e - lona boleh mengesahka­n kejuaraan liga mengelak kekalahan di Deportivo La Coruna.

Zidane melakukan rombakan besar-besaran dari skuad yang menewaskan Bayern 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Allianz Arena, dengan Bale dan Karim Benzema kembali beraksi.

Bale menghidupk­an peluang untuk diturunkan dalam kesebelasa­n utama menentang Bayern apabila membuka jaringan seawal minit kelapan untuk gol pertama beliau sejak dua gol ketika menentang Las Palmas pada 31 Mac.

Leganes mengejutka­n Real 2- 1 di Santiago Bernabeu pada bulan Januari untuk melangkah ke separuh akhir Copa del Rey tetapi mereka bergelut mengulangi kejayaan itu dengan Real menguasai permainan dari awal.

Mayoral menambah jaringan untuk gol kedua beliau dalam liga selepas menjaringk­an gol ketika menentang Real Sociedad pada bulan September.

Leganes meningkatk­an permainan selepas rehat dan walaupun Real tidak kelihatan dalam bahaya, Brasanac merapatkan kedudukan pada minit ke-66 untuk mencemaska­n juara liga musim lepas itu.

Namun Leganes tetap gagal mencari gol penyamaan kerana gagal menyempurn­akan beberapa peluang selain penjaga gol Real, Kiko Casilla beraksi tangkas. Pada perlawanan awal, pemain tengah Athletic Bilbao, Mikel San Jose menjaringk­an dua gol sendiri ketika tewas 1-3 di Real Sociedad 3-1 dan menjadi pemain kedua yang menjaringk­an dua gol sendiri pada satu perlawanan liga. V i l l a r r e a l menewaskan Celta Vigo 4-1 menerusi hatrik Carlos Bacca sementara Sevilla memecat jurulatihn­ya, Vincenzo Montella hanya selepas beberapa bulan selepas tewas 1-2 kepada Levante Jumaat lepas untuk pemecatan kedua jurulatih dari Itali itu musim ini selepas dipecat oleh AC Milan pada bulan November tahun lepas. — AFP MILAN, Itali: Juventus bangkit menewaskan Inter Milan dengan dua gol lewat untuk kemenangan 3-2 di San Siro Sabtu lepas dan menjarakka­n kembali kelebihan empat mata di singgahsan­a Serie A Itali.

Inter kelihatan mencipta kemenangan apabila mendahului kedudukan sehingga tiga minit sebelum tamat permainan walaupun bermain hampir 70 minit dengan kurang seorang pemain selepas Matias Vecino dibuang padang.

Tetapi Milan Skriniar tertolak bola ke pintu golnya sendiri pada minit ke- 87

 ?? — Gambar AFP ?? PRESTASI MEMBERANGS­ANGKAN: Bale (tengah) diawasi oleh dua pemain pertahanan Leganes pada perlawanan La Liga di Santiago Bernabeu, Madrid Sabtu lepas.
— Gambar AFP PRESTASI MEMBERANGS­ANGKAN: Bale (tengah) diawasi oleh dua pemain pertahanan Leganes pada perlawanan La Liga di Santiago Bernabeu, Madrid Sabtu lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia