Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Sarawak B perlu fokus menentang PKNS FC petang ini

-

KUCHING: Skuad Sarawak B digesa bangkit pada perlawanan Piala Presiden 2018 menentang PKNS FC di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini petang ini.

Penolong pengurus pasukan, Abang Fomay Abang Sa’adeli mengingatk­an kepada pemain- pemain agar melupakan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini dan memberi fokus sepenuhnya terhadap perlawanan petang ini.

“Saya mahu semua pemain melupakan kekalahan lalu dan mengembali­kan fokus untuk menghadapi PKNS FC di laman sendiri.

“Kita seharusnya menggunaka­n peluang bermain di tempat sendiri dengan sebaik mungkin untuk memburu mata berharga,” katanya di sini semalam.

Menurut Abang Fomay, Sarawak telah kehilangan banyak mata selepas dua kekalahan sebelum ini.

Justeru, pemain- pemain tidak mempunyai pilihan selain perlu mencapai kemenangan mutlak untuk mengembali­kan semula keyakinan mereka serta penyokong setia kita,” katanya.

Pada masa sama, Abang Fomay turut menyeru sokongan padu daripada penyokong-penyokong setia pasukan Sarawak memberi sokongan padu kepada skuad Sarawak B petang ini.

“Saya harap pemain-pemain tidak melakukan kesilapan sama pada perlawanan sebelum ini. Beri fokus sepenuhnya dan jangan persiasiak­an setiap peluang yang ada untuk menjaringk­an gol,” tegasnya.

Ketika ini, Sarawak menghuni tangga kelapan dengan mengumpul 14 mata daripada 13 perlawanan.

Skuad kendalian pemangku jurulatih, Sulaiman Mustanir itu mencatat empat kemenangan, dua seri dan tujuh kekalahan setakat ini.

Perlawanan kedua- dua dijangka bermula jam 4.15 petang ini.

 ??  ?? BERTUAH: Aziel (lima kiri) menerima hadiah ‘hole-in-one’ daripada Sean sambil disaksikan Presiden SGA Hoan Kee Hock, Naib Presiden Pesatuan Golf Malaysia Datuk George Bandusena, Nab Presiden SGA Anthony Tan (dua kiri), Setiausaha SGA, Shahary Alias...
BERTUAH: Aziel (lima kiri) menerima hadiah ‘hole-in-one’ daripada Sean sambil disaksikan Presiden SGA Hoan Kee Hock, Naib Presiden Pesatuan Golf Malaysia Datuk George Bandusena, Nab Presiden SGA Anthony Tan (dua kiri), Setiausaha SGA, Shahary Alias...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia