Utusan Borneo (Sarawak)

Virandeep rangkul dua gelaran pada Malam Anugerah 2018 MCA

-

KUALA LUMPUR: Kapten skuad kriket junior negara, Virandeep Singh merangkul dua gelaran pada Malam Anugerah 2017 Persatuan Kriket Malaysia (MCA) di sini malam Sabtu lalu.

Pemain berusia 19 tahun itu memenangi Anugerah Pemain Terbaik 2017 untuk kategori remaja dan senior lelaki atas persembaha­n cemerlang sepanjang tahun lepas pada majlis bagi menghargai pemain, pegawai teknikal serta keluarga kriket yang terlibat dalam pembanguna­n sukan itu di negara ini.

“Ini adalah penghormat­an yang besar untuk menerima anugerah ini serta menyuntik semangat keyakinan tinggi untuk memperagak­an aksi yang lebih baik pada kejohanan akan datang.

“Saya harap dapat menampilka­n prestasi baik pada saingan divisyen empat, Liga Kriket Dunia (WCL) 2018, yang bermula Ahad ini (semalam).

“Saya secara peribadi merasakan bahawa kita tidak sepatutnya bersaing di divisyen empat...jadi kita perlu muncul dua pasukan terbaik untuk layak ke divisyen tiga,” kata pemukul itu kepada Bernama selepas menerima anugerah tersebut.

Dalam kategori lelaki senior, ketua pasukan, Mohd Anwar Arudin dinobatkan sebagai Permukul Terbaik 2017 manakala Pavandeep Singh memenangi anugerah Pembaling Terbaik 2017.

Sementara itu, dalam kategori wanita, kapten pasukan, Winiefred Anne Duraisinga­m dinobatkan sebagai Pemain Terbaik 2017 manakala Yusrina Yaakop dan Janadiah Halim masing-masing merangkul gelaran Pemukul dan Pembaling Terbaik 2017.

Presiden MCA, Mahinda Vallipuram, dalam ucapan alualuan, berkata usaha berterusan dan kerja keras daripada semua pihak termasuk persatuan negeri, kelab dan sekolah penting bagi kelangsung­an pembangu- nan kriket di negara ini.

“Malam ini adalah untuk menghargai orang yang telah membantu dan menyokong kami. Kriket di Malaysia telah menunjukka­n perkembang­an yang luar biasa sejak beberapa tahun lalu dan kini Malaysia berada di ranking ke-28 dunia dan berharap kita akan terus meningkat,” katanya.

Majlis tersebut turut dimeriahka­n dengan kehadiran penaungnya, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), timbalanny­a, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dan Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia