Utusan Borneo (Sarawak)

Festival filem Cannes buka talian kecemasan antiganggu­an seksual

-

SATU talian kecemasan antiganggu­an seksual akan disediakan untuk festival filem Cannes pada bulan depan selepas taikun Hollywood yang aib, Harvey Weinstein, dituduh menyerang empat orang aktres di acara tersebut.

Menteri kesamarata­an Perancis, Marlene Schiappa, berkata penggerak industri akan diberi amaran mengenai tingkah laku mereka apabila mereka tiba di festival filem terbesar di dunia di French Riviera.

“Kita sudah menjalin kerjasama dengan festival filem Cannes untuk menangani gangguan seksual,” kata Schiappa lewat Khamis lepas, dengan telefon talian kecemasan untuk mangsa atau saksi melaporkan penyerang.

“Salah satu tuduhan merogol oleh Harvey Weinstein berlaku di Cannes, maka itu festival itu tidak boleh tidak bertindak,” kata menteri itu kepada AFP.

Weinstein dituduh melakukan empat serangan seksual di Cannes pada masa lalu, termasuk merogol aktres dari Itali, Asia Argento, di suit hotelnya yang mewah ketika Argento berusia 21 tahun.

Schiappa berkata langkah sedang diambil bukan sahaja untuk melindungi aktres tetapi semua wanita yang bekerja di dalam atau di sekitar industri perfileman.

Walaupun juri pada tahun ini yang akan menentukan hadiah utama Palme d’Or diketuai aktres dari Australia, Cate Blanchett, Cannes telah menghadapi kritikan mengenai sikapnya terhadap wanita pada masa lalu, dengan pertikaian mengenai keperluan untuk memakai kasut bertumit tinggi di permaidani merah.

Pada tahun apabila pergerakan #MeToo mendominas­i berita tajuk utama, hanya tiga sahaja pengarah wanita dimasukkan ke dalam senarai pendek 18 orang pengarah yang bertanding dalam pertanding­an utama.

Tanda tanya juga timbul mengenai pembatalan larangan ke atas pengarah kontrovers­i dari Denmark, Lars Von Trier, yang dilarang tujuh tahun lalu di festival itu kerana menyatakan dia seorang Nazi.

Bintang Iceland, Bjork, berkata Oktober lalu bahawa Von Trier pernah mengganggu­nya di set penggambar­an filem ‘Dancer in the Dark’, muzikal yang membolehka­nnya untuk memenangi anugerah aktres terbaik di Cannes pada 2000.

Dengan hanya peratusan kecil sahaja daripada filem-filem Hollywood yang diarah oleh wanita, Menteri Kebudayaan Perancis, Francoise Nyssen, telah menyeru agar wanita diberi kuasa yang lebih di belakang kamera.

Dia dan rakan sejawatann­ya di Sweden berhasrat untuk melancarka­n sebuah tabung antarabang­sa bagi membantu pengarah wanita di festival itu, yang akan berlangsun­g dari 8 hingga 19 Mei. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia