Utusan Borneo (Sarawak)

Laporan Times mengenai Weinstein akan difilemkan oleh Brad Pitt

-

HARVEY Weinstein telah membuat beberapa buah filem yang memenangi anugerah Oscar. Sekarang, taikun filem yang aib itu akan menjadi subjek sebuah filem – tentang tuduhan mengenai serangan dan gangguan seksual yang menamatkan kariernya, serta pasukan The New York Times yang membongkar cerita itu.

Syarikat penerbitan Brad Pitt Plan B dan Annapurna Pictures telah mendapatka­n hak untuk membuat filem itu, The New York Times mengesahka­n Khamis lepas.

Cerita itu pertama kali dilaporkan oleh saluran berita khas Hollywood, Deadline.

Filem itu akan menceritak­an tentang kerja pemberita Times, Jodi Kantor dan Megan Twohey, yang menyiasat salah laku Weinstein – kisah-kisah yang barubaru ini membantu mereka memenangi Hadiah Pulitzer, yang mereka kongsi bersama Ronan Farrow dari akhbar The New Yorker.

Penerbit merujuk kepada filem-filem yang memenangi anugerah Oscar, ‘Spotlight’ dan ‘All the President’s Men’ sebagai contoh untuk filem mereka, yang memberi tumpuan bukan kepada pelbagai kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Weinstein tetapi kepada wartawan dan halangan yang mereka hadapi ketika membuat laporan.

Sejak artikel-artikel ditulis oleh Times dan New Yorker pada Oktober lalu, lebih 100 orang wanita secara terbuka menuduh Weinstein melakukan kesalahan daripada gangguan seksual kepada rogol, yang mencetuska­n pergerakan #MeToo yang sudah menyaksika­n beberapa lelaki berpengaru­h kehilangan pekerjaan dan reputasi mereka.

Rumah tangga Weinstein sudah berakhir; dia sedang disiasat oleh polis di London, Los Angeles dan New York; dia berdepan dengan beberapa tindakan undang-undang sivil; dan syarikat produksi lamanya terpaksa memfailkan kebankrapa­n.

Ketika berita berkenaan pertama kali dilaporkan dalam Times, Weinstein sendiri memberitah­u The Hollywood Reporter: “Bunyi cerita itu begitu bagus, saya mahu membeli hak filemnya.”

Wakil-wakil Plan B dan Annapurna tidak segera menjawab permintaan AFP untuk memberikan kenyataan.

Di antara penuduh Weinstein adalah Gwyneth Paltrow.

Menurutnya, pada waktu taikun filem itu mengganggu­nya, dia sedang berpacaran dengan Pitt, yang bersemuka dengan Weinstein mengenai insiden itu. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia