Utusan Borneo (Sarawak)

Guru ditembak mati di kawasan bergolak Cameroon

-

YAOUND: Seorang guru ditembak mati selepas penyerang bersenjata menyerang sebuah sekolah di sebuah wilayah berbahasa Inggeris di barat daya Cameroon, lapor radio negara kelmarin.

Sophie Mandengue Maloba, seorang ibu berusia 42 tahun kepada tiga orang anak, meninggal dunia di pekan Muyuka ketika tiga lelaki bersenjata yang menunggang motosikal melepaskan tembakan sambil mereka memecut melalui pekan tersebut, menurut radio.

“Beliau meninggal dunia di hospital di mana beliau telah dibawa selepas serangan tersebut,” seorang wartawan di stesen memberitah­u AFP.

Keganasan muncul tiga hari selepas seorang guru lain terkorban dalam kejadian yang sama di Kumba, kirakira 350 kilometer di barat ibu negara.

Beberapa buah wilayah berbahasa Inggeris di barat laut dan barat daya Cameroon berdepan dengan keganasan yang bermula pada 2016, ketika aktivis dalam masyarakat minoriti berbahasa Inggeris, meliputi kira-kira satu perlima daripada populasi, memperting­katkan satu kempen bagi kuasa autonomi yang lebih besar.

Presiden Paul Biya telah menolak permintaan mereka, mendesak pihak radikal untuk melakukan satu deklarasi sepenuhnya bagi kemerdekaa­n pada Oktober lepas.

Sejak itu, pihak pemisah telah membunuh 31 orang anggota pasukan keselamata­n, lapor AFP berdasarka­n jumlah rasmi.

Beberapa orang pemerhati di Yaounde menyatakan angka sebenar adalah lebih tinggi.

Jumlah pihak pemisah bersenjata atau orang awam yang terkorban adalah tidak diketahui.

Tiga bulan lepas menyaksika­n pihak pemisah bersenjata memperting­katkan kempen keganasan mereka terhadap sasaran negara, terutama menyerang balai polis, menculik kakitangan awam dan bertempur dengan pihak tentera dalam satu usaha untuk membina sebuah negara baharu, ‘Ambazonia’.

Sementara itu, penduduk yang semakin terpinggir bagi kedua- dua wilayah yang terjejas berdepan dengan keadaan yang semakin teruk di mana kumpulan kemanusiaa­n mempunyai sedikit akses sahaja. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia