Utusan Borneo (Sarawak)

Hamas tuduh PA cuba bunuh ketua kerajaanny­a sendiri

-

KOTA GAZA: Pemimpin Islam Hamas di Gaza kelmarin menuduh secara umum musuh Palestinia­n Authority (PA) kerana merancang satu cubaan membunuh ketua kerajaanny­a sendiri.

Perdana Menteri PA Rami Hamdallah, tidak mengalami kecederaan semasa sebiji bom tepi jalan mengenai konvoiya semasa satu kunjungan jarang dilakukan ke Gaza yang dikawal oleh Hamas pada bulan lepas.

Hamdallah mengetuai kerajaan PA yang berpusat di Tebingan Barat di bawah pemerintah­an presiden Mah- mud Abbas.

Letupan tersebut telah meletakkan satu penamat kepada satu perjanjian damai yang goyah antara Hamas dan pihak sekularis Fatah, yang mendominas­i PA.

Selepas itu Abbas menuduh Hamas melakukan pengeboman berkenaan.

Namun kelmarin seorang jurucakap bagi kementeria­n dalam negeri Hamas di Gaza telah menuduh pegawai kanan keselamata­n PA sebagai melakukan serangan bagi mengganggu kestabilan di wilayah pantai.

“Siasatan telah menun- jukkan bahawa pegawai kanan di dalam Perkhidmat­an Perisikan Umum di Ramallah merupakan bahagian enjin bagi kumpulan subversif yang berusaha untuk melemahkan keselamata­n di Semenanjun­g Gaza,” jurucakap Iyad Buzum memberitah­u satu sidang media.

Hubungan di antara dua buah kumpulan Palestin yang lebih besar adalah tegang, enam bulan selepas mereka menandatan­gani satu perjanjian pendamaian bertujuan untuk menamatkan satu perpecahan selama beberapa dekad. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia