Utusan Borneo (Sarawak)

Proses pengundian bersejarah Lubnan bermula di Australia

-

SYDNEY: Undian dalam pilihan raya parlimen pertama Lubnan dalam tempoh hampir sedekad bermula di Australia semalam dengan ribuan orang Lubnan mengundi dalam pilihan raya bersejarah itu.

Kira-kira 12,000 anggota masyarakat Lubnan di Australia berdaftar untuk mengundi, kata kedutaan Lubnan di Canberra, seminggu sebelum pilihan raya pada 6 Mei yang akan menentukan hala tuju ekonomi dan politik di negara tersebut.

“Hari ini adalah hari yang istimewa, ia adalah hari demokrasi. Seperti apa yang anda dapat lihat, semua orang gembira di sini,” kata Nazih Keir, seorang anggota dari masyarakat Muslim Lubnan berusia 44 tahun di Sydney, kepada AFP di sebuah pusat undian bersebelah­an Masjid Lakemba yang besar.

“Kami tidak ada pilihan raya sejak 2009 – sembilan tahun dan lebih lama sedikit – dan ia adalah kali pertama diadakan di Australia, itulah sebabnya kenapa kami begitu gembira untuk melibatkan diri dalam pilihan raya di Lubnan dan kami harap semua orang mendapatka­n apa yang dia inginkan.”

Negara Timur Tengah itu tidak mengadakan pilihan raya parlimen sejak 2009 dan undang-undang baharu kini membolehka­n warga Lubnan yang tinggal di seberang laut untuk mengundi buat pertama kali sejak kemerdekaa­n pada 1943.

Dengan komuniti yang dianggarka­n seramai 230,000 orang – terdiri daripada pendatang kelahiran Lubnan dan keluarga mereka – Australia adalah antara kumpulan diaspora terbesar di luar benua Amerika.

“Ia adalah perasaan yang baik bagi kami untuk merasakan seperti kami terbabit dalam membuat keputusan di Lubnan dan kami rasa kami dapat membawa perubahan,” kata Danny Gea Gea, 48, seorang anggota Kristian dalam masyarakat Kristian.

Namun dia turut mengadu tentang proses pengundian.

“Ramai orang datang ke sini, mereka tidak dapat menemui nama mereka (dalam daftar) dan mereka marah,” katanya.

Orang membuat undian bagi satu senarai calon yang betanding di daerah asal mereka di Lubnan, di bawah sistem berdasarka­n senarai setimpal.

Mereka juga memilih seorang calon dalam senarai calon parlimen yang mewakili setiap komuniti beragama dalam daerah itu di bawah sistem kuota yang ketat.

Separuh kerusi dalam parlimen Lubnan disimpan bagi orang Kristian manajala separuh lagi bagi Muslim.

Seleaps siri penghijrah­an dari abad ke- 19 hingga perang saudara pada 19751990, beberapa anggaran menyatakan diaspora Lubnan yang besar sudah berkembang kepada 12 juta, tetapi kebanyakan mereka tidak memiliki kerakyatan lagi.

Kira- kira 116 pusat undian dalam kedutaan dan konsulat Lubnan di 39 negara disediakan untuk undian tetapi hanya kira-kira 82,900 orang sahaja sudah berdaftar untuk mengambil bahagian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia