Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua perang Congo dihukum penjara atas kesalahan perhambaan seksual

-

BUKAVU: Sebuah mahkamah tentera di Republik Demokratik Kongo kelmarin telah menjatuhka­n hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang ketua perang selepas mendapati dia bersalah bagi ‘perhambaan seksual’ selama sedekad lepas, menurut satu kumpulan bantuan.

Leftenan Kolonel Maro Ntumwa, dikenali sebagai ‘ The Moroccan’, telah disabitkan bagi beberapa jenayah dilakukan di wilayah terpencil Kivu Selatan DR Congo antara 2005 dan 2007.

Dia telah didapati bersalah “bagi jenayah perang termasuk perhambaan seksual, menjarah dan serangan terhadap orang awam, dan jenayah terhadap kemanusiaa­n termasuk merogol,” menurut NGO Trial Internatio­nal, yang menyokong mangsa bagi jenayah antarabang­sa.

K u m p u l a n i t u menyatakan Ntumwa, yang bertanggun­gjawab s e b a h a g i a n n y a b a g i kumpulan bersenjata y a n g d i g e r u n i ‘ M a i Mai’, menjalanka­n “satu militia kejam khas yang menghukum beratus- ratus orang penduduk kampung dengan bebas dari hukuman sebenarnya. Semasa serangan ini, lelaki telah dibunuh atau dijadikan sebagai tahanan manakala wanita dan budak perempuan telah ditahan sebagai hamba seks.” Pihak Trial Internatio­nal menyatakan mahkamah telah mengarahka­n pampasan antara $2,000-$5,000 dibayar kepada setiap mangsanya.

Wilayah Kivu Utara dan Selatan merupakan kawasan bagi satu gelombang keganasan dalam kalangan kumpulan militia, yang sering memeras ugut wang daripada orang awam atau menentang satu sama lain bagi kawalan terhadap sumber mineral. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia