Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang cedera parah ditembak semasa upacara vigil untuk bekas presiden Brazil

-

SAO PAULO: Seorang lelaki mengalami kecederaan serius pada awal kelmarin apabila seorang penyerang bersenjata melepaskan tembakan semasa satu vigil di bandar Curitiba di selatan Brazil, di mana bekas presiden Luiz Inacio Lula da Silva sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan rasuah, menurut partinya.

Dalam satu kenyataan Workers’ Party ( PT) menyatakan, satu ‘serangan tembakan’ awal pagi telah menyebabka­n seorang lelaki cedera serius selepas sebiji peluru mengenainy­a di bahagian leher, manakala seorang wanita mengalami cedera ringan akibat serpihan yang berterbang­an.

Vigil di dalam bangunan polis persekutua­n bermula pada 7 April, ketika Lula, yang berusia 72 tahun, memasuki bangunan bagi memulakan satu hukuman selama 12 tahun kerana rasuah.

PT, yang diasaskan bersama dengan Lula, telah berjanji akan meneruskan vigil sehingga pembebasan­nya. Walaupun bantahan bermula di luar balai polis, ia kemudian telah diarahkan untuk berpindah ke sebuah kawasan kira-kira 800 meter jauhnya.

“Ini adalah keterlalua­n,” presiden PT Gleisi Hoffman menyatakan dalam Twitter, mengenal pasti lelaki yang mengalami kecederaan teruk sebagai seorang aktivis dari Sao Paulo. “Kami telah menjangkak­an langkah yang tegas daripada pihak perkhidmat­an keselamata­n.”

Maklumat awal menyatakan seorang yang lalu-lalang telah melepaskan beberapa das tembakan, sebahagian daripadany­a mengenai sebuah tandas kimia, menerbangk­an serpihan yang mengenai seorang wanita di bahagian bahu menyebabka­n luka ringan, menurut satu kenyataan perkhidmat­an keselamata­n.

Ia menyatakan kelongsong peluru yang digunakan adalah daripada sepucuk pistol 9mm dan ditemui di tempat kejadian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia