Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek pelampau bunuh lebih 30 orang Tuareg di Mali

-

BAMAKO: Suspek yang disyaki pelampau jihad membunuh lebih 30 orang Tuareq, termasuk wanita dan kanakkanak, di sempadan timur laut Mali dengan Niger, kata beberapa sumber kelmarin selepas serangan kedua seumpamany­a dalam masa dua hari memburukka­n lagi kebimbanga­n mengenai pergolakan yang berleluasa.

Bekas kumpulan pemberonta­k Tuareg MSA dan ketua kabilah berkata pembunuhan beramai-ramai itu berlaku pada Jumaat lepas, sehari selepas satu lagi seran- gan oleh lelaki bersenjata yang menunggang motosikal mengorbank­an 12 orang di luar bandar Anderambou­kane, yang juga berada dalam kawasan yang sama.

“Sebanyak 43 kematian telah berlaku dalam masa dua hari, semua orang awam, daripada komuniti yang sama,” kata ketua kabilah Sidigui Ag Hamadi kepada AFP dari ibu kota wilayah Menaka.

“Pejuang kami memusnahka­n pangkalan mereka dan menghapusk­an mereka. Mereka menyasari orang awam yang tidak bersalah,” ujarnya, dan berkata dia menganggap pertumpaha­n darah itu sebagai tindak balas bagi serangan ke atas pelampau jihad oleh kumpulan bersenjata Tuareg.

MSA turut menganggar­kan bilangan kematian daripada kedua-dua serangan di perkampung­an Aklaz dan Awakassa sebanyak 43, dan berkata semua mangsa berasal daripada kumpulan Berber yang merupakan penternak Idaksahak.

Kumpulan itu menggesa kerajaan Mali dan kerajaan Niger untuk mengambil langkah bagi memastikan “jenayah yang keji ini ditamatkan segera” dan menambah ia pasti “tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan”.

Gabenor Menaka, Daouda Maiga, menasihat semua untuk berhati-hati mengenai bilangan kematian sehingga pemerhati rasmi tiba di lokasi kejadian.

“Terdapat pelbagai versi, tetapi saya tahu terdapat wanita dan kanak-kanak di kalangan mangsa, selain warga emas,” kata Maiga kepada AFP, dan menambah beliau akan menunggu kepulangan pemerhati ke Bamako.

Penduduk tempatan bim- bang mengenai tindak balas oleh pelampau jihad yang mengalami kerugian besar dalam beberapa serangan baru-baru ini di wilayah itu sejak beberapa minggu lepas, kata pegawai Menaka, Attaye Ag Ossadki, kepada AFP.

“Tetapi tidak ada orang yang membayangk­an mereka dapat membunuh orang awam dengan cara ini,” katanya.

Dua minggu lalu, operasi pengaman MINUSMA Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata mereka telah menerima maklumat “sangat serius” bahawa “pembunuhan ringkas sekurang- kurangnya 95 orang” telah berlaku sewaktu operasi anti pelampau jiahd di wilayah timur laut Menaka yang dilancarka­n oleh “perikatan kumpulan bersenjata” termasuk MSA dan Gatia.

Kedua-dua kumpulan menafikan sekeras- kerasnya sebarang pembabitan.

Perancis campur tangan secara ketenteraa­n di Mali pada 2013 untuk memnbantu tentera kerajaan yang mengusir pelampau yang ada kaitan dengan Al-Qaeda dari bahagian utara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia