Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberonta­k Yaman terbunuh akibat serangan perikatan Arab Saudi

-

SANAA: Satu serangan udara perikatan Arab Saudi membunuh puluhan pemberonta­k Yaman termasuk dua komander, kata media kerajaan kelmarin, dalam satu lagi tamparan kepada pemberonta­k ekoran pembunuhan ketua politik mereka.

Pemberonta­k Huthi mengadakan pengebumia­n awam kelmarin bagi Saleh al- Sammad, ketua Majlis Politik Tertinggi mereka dan pemimpin nombor dua puak pemberonta­k, yang maut pada minggu lepas dalam satu serangan udara yang diakui dilancarka­n oleh Arab Saudi dan sekutunya.

Pengebumia­nnya diadakan beberapa jam selepas televisyen kerajaan Arab Saudi Al-Ekhbariya berkata dua pemberonta­k berpangkat tinggi adalah antara lebih 50 orang Huthi yang terbunuh dalam satu serangan baharu pada malam kelmarin di ibu negara Sanaa.

Dalam ucapan mengenai Sammad pada malam kelmarin, ketua pemberonta­k Abdul Malik al- Huthi mendakwa Arab Saudi dan sekutunya menyasari kawasan pinggiran Dataran Sabaeen ketika penyokong Huthi berhimpun untuk pengebumia­n Sammad.

Televisyen pemberonta­k Al- Masirah menayangka­n rakaman asap hitam tebal yang berkepul-kepul di luar dataran tersebut, di mana rakyat Yaman melaungkan slogan untuk menuntut kematian Arab Saudi dan Amerika Syarikat ( AS). Tarikh rakaman itu tidak dapat disahkan segera.

Pemberonta­k sudah terjebak dalam peperangan sejak 2015 dengan pakatan tentera Arab Saudi yang berjuang untuk memulihkan semula kuasa kerajaan Yaman yang diiktiraf oleh masyarakat antarabang­sa.

Televisyen milik Arab Saudi Al-Arabiya berkata serangan pada malam kelmarin menyasari kementeria­n dalam negeri di Sanaa, yang dikuasai pemberonta­k.

Puak Huthi, yang disokong oleh musuh utama serantau Arab Saudi, Iran, mengesahka­n serangan udara berkenaan ke atas Sanaa tetapi tidak memberi maklumat lanjut.

Pemimpin Huthi mengecam Arab Saudi dan sekutunya, terutamany­a Emiriah Arab Bersatu ( UAE), kerana beroperasi “di bawah payung AS dan Israel, dan berkata kematian Sammad adalah “insentif tambahan” bagi puak pemberonta­k.

Puak Huthi, yang berasal dari utara Yaman, menguasai Sanaa dan kebanyakan tempat di utara negara – yang bersempada­n dengan Arab Saudi – dan pelabuhan penting Hodeida di pantai Laut Merah.

S e j u r u s s e l e p a s pengebumia­n Sammad bermula, puak Huthi berkata mereka telah melancarka­n lapan misil balistik ke dalam negara Arab Saudi.

Perikatan mengesahka­n ia telah memintas empat misil yang menuju ke kota Jizan di pantai selatan Arab Saudi, sehari selepas tentera pertahanan negara itu berkata mereka telah menjatuhka­n satu misil yang menuju ke kawasan yang sama.

Sementara kenyataan perikatan menyebut serangan itu tidak meragut nyawa, jurucakap pertahanan awam di Jizan, Kolonel Yahya Abdullah al- Qahtani memberitah­u Al- Arabiya bahawa seorang warga Arab Saudi maut disebabkan oleh serpihan yang terjatuh.

S e o r a n g j u r u c a k a p perikatan tidak segera membalas permintaan bagi pengesahan.

Pemberonta­k telah meningkatk­an serangan misil mereka ke atas Arab Saudi pada tahun ini.

S e o r a n g i n d i v i d u dilaporkan maut selepas dihempap serpihan yang terjatuh di Riyadh pada bulan lepas.

Serangan kelmarin berlaku sejurus sebelum ketibaan Setiausaha Negara AS yang baharu dilantik, Mike Pompeo, yang mendarat di Riyadh untuk mengadakan pertemuan yang dijangka t u r u t m e r a n g k u m i rundingan mengenai konflik di Yaman.

Riyadh dan sekutu eratnya Washington menuduh Iran menyediaka­n senjata api untuk puak Huthi, yang dinafikan oleh Iran.

Tehran menyalahka­n Arab Saudi bagi perang yang buruk di Yaman, yang menimbulka­n masalah bagi jutaan penduduk u n t u k m e n d a p a t k a n makanan.

Di Sanaa, penyokong Huthi memenuhi jalan kelmarin untuk pengebumia­n Sammad dan enam orang lain yang terkorban dalam serangan pada 19 April.

Pemberonta­k yang memakai seragam tentera berarak di hadapan konvoi kereta mayatnya, yang termasuk tujuh buah kereta yang ditutupi bendera Yaman dan diiringi pancaragam perbarisan.

Hampir 10,000 orang sudah terkorban sejak pakatan Arab Saudi menyertai konflik di Yaman, yang mencetuska­n apa yang disebut oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu sebagai krisis kemanusiaa­n terburuk di dunia.

Yaman sekarang berada di ambang kebuluran. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DISEMBAHYA­NGKAN: Mohammed Ali al-Huthi (tengah-kanan), ketua pemberonta­k Huthi ‘Komiti Revolusi Majlis Politik Tertinggi’, bersembahy­ang di samping Mahdi al-Mashat (tengah), dilantik untuk menggantik­an Saleh al-Samad sebagai ketua Majlis Politik...
— Gambar AFP DISEMBAHYA­NGKAN: Mohammed Ali al-Huthi (tengah-kanan), ketua pemberonta­k Huthi ‘Komiti Revolusi Majlis Politik Tertinggi’, bersembahy­ang di samping Mahdi al-Mashat (tengah), dilantik untuk menggantik­an Saleh al-Samad sebagai ketua Majlis Politik...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia