Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka didagangka­n berhati-hati

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka didagangka­n secara berhati- hati pada minggu ini, seiring dengan perkembang­an luaran termasuk ketidakten­tuan harga minyak mentah serta prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat ( AS).

Seorang peniaga berkata, prestasi pasaran hadapan lain di rantau ini seperti Bursa Komoditi Tokyo dan Bursa Hadapan Shanghai akan turut mempengaru­hi minat terhadap pasaran tempatan.

Ringgit misalnya yang ditutup rendah kepada 3.9170/ 9205 berbanding dolar AS pada Jumaat daripada 3.9150/ 9200, akan terus membantu dari segi menarik pembeli asing terhadap komoditi itu, sekali gus menyokong harganya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, dagangan pasaran kebanyakan­nya bercampur- campur dan seiring dengan petunjuk di pasaran hadapan serantau serta pergerakan harga minyak mentah.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 10 sen kepada 536 sen sekilogram daripada 546 sen sekilogram pada minggu sebelumnya.

Bagaimanap­un, susu getah pukal naik 9.5 sen kepada 456 sen sekilogram daripada 446.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang bagi SMR 20 susut 1.5 sen kepada 538 sekilogram daripada 539.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal menokok 13 sen kepada 455 sen sekilogram daripada 442 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia