Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit diniaga antara RM3.90 dan RM3.95 berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka didagangka­n antara RM3.90 dan RM3.95 berbanding dolar AS minggu ini berikutan ketiadaan penyertaan dana asing.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, pelabur dana asing tidak memasuki pasaran menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei.

“Terdapat bukti dana asing bersedia untuk memasuki pasaran jika Barisan Nasional memenangi pilihan raya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, dalam jangka sederhana, ringgit dijangka mengukuh kepada RM3.80 berbanding dolar AS jika Barisan Nasional terus memerintah.

Penganalis­is FXTM Research, Lukman Otunuga berkata, minggu dagangan akan datang akan menyaksika­n pengeluara­n Indeks Harga Pengeluar, Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan serta data perdaganga­n.

“Walaupun ringgit boleh mendapat sokongan daripada data ekonomi yang lebih baik daripada yang dijangka, kenaikan berisiko dibatasi oleh kuasa luaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, data pekerjaan AS yang dijadual untuk dikeluarka­n pada minggu ini boleh memberi impak besar kepada prestasi ringgit.

Pada asas Jumaat keJumaat, mata wang tempatan merosot berbanding dolar AS kepada RM3.9170/ 9205 daripada 3.8950/ 8000 pada minggu sebelumnya.

Ringgit bagaimanap­un didagangka­n lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9531/9562 daripada 2.9624/ 9665 dan menambah berbanding yen kepada 3.5834/5869 daripada 3.6172/6229.

Ringgit menokok berbanding pound Britain kepada 5.403 /4103 daripada 5.4779/4865 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7317/ 7375 daripada 4.7909/7982. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia