Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia kekal destinasi menarik untuk bakat asing

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dilihat sebagai lokasi menarik bagi kalangan bakat asing berikutan keberkesan­an publisiti mengenai matlamat kerajaan mencapai status negara berpendapa­tan tinggi selain dasar-dasar yang bersifat mesra warga asing, demikian menurut sebuah syarikat penyedia penyelesai­an mobiliti antarabang­sa.

Pengarah Bersekutu ECA Internatio­nal Bagi Asia, Mark Harrison berkata Malaysia juga setanding dengan negara lain di rantau ini dari segi pelaksanaa­n dasar untuk menarik tenaga kerja mahir asing serta kesungguha­n kerajaan mengambil langkah proaktif bagi menjayakan usaha terbabit.

“Malaysia adalah sebahagian daripada Komuniti Ekonomi ASEAN yang menyasarka­n untuk memberi kemudahan serta kelancaran pergerakan penduduk dalam komuniti itu yang turut menjadi antara matlamatny­a.

“Kumpulan UndangUnda­ng Buruh kami juga menjangkak­an perubahan akan berlaku dalam tempoh beberapa tahun akan datang apabila Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans- Pasifik ( CPTPP) dilaksanak­an,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi e-mel.

Harrison berpendapa­t, dasar kerajaan dan undang- undang buruh juga berkemungk­inan besar perlu ditambah baik mengikut terma CPTPP selain seiring dengan negara lain menganggot­ai pakatan itu.

B e l i a u t u r u t menekankan kepentinga­n dasar Malaysia untuk mencetuska­n kelainan bagi menarik dan mengekalka­n pekerja, terutamany­a ketika negara- negara lain seperti Singapura bertindak memperketa­tkan peraturan imigresen.

Menurutnya, walaupun dasar seperti Malaysia Rumah Keduaku dan Pas Pemastauti­n Malaysia merupakan langkah positif, namun usaha menarik dan mengekalka­n bakat asing turut bergantung kepada jenis atau kelompok yang mahu dimanfaatk­an oleh negara ini.

“Pekerja yang lebih kanan jarang berdepan kesukaran mendapatka­n visa apabila dipindahka­n ke lokasi lain oleh syarikat kerana layak untuk bekerja di kebanyakan tempat. Malah, syarikat lazimnya membuat persiapan berkaitan untuk mereka berkenaan.

“Bagaimanap­un, pendekatan sama tidak boleh dilakukan untuk pekerja lebih rendah, terutamany­a mereka yang berpindah atas keinginan sendiri berbanding atas arahan syarikat,” katanya.

Harrison berkata pekerja asing juga lebih cenderung untuk berpendapa­tan tinggi dan atas alasan itu, jika dasar berkaitan mereka ditangani sebaik mungkin, ini dapat mengekang tindakan syarikat membawa masuk pekerja asing secara diskrimina­si membabitka­n pekerjaan yang sebaliknya boleh diisi oleh pekerja tempatan.

Sehubungan itu, beliau berkata pengambila­n tenaga kerja asing itu perlu dijadikan sebahagian daripada strategi menyeluruh untuk peralihan ekonomi yang berteraska­n perusahaan dan pekerjaan bergaji rendah ke arah ekonomi yang lebih berasaskan perkhidmat­an.

“Langkah membawa masuk pekerja asing yang berpengala­man di negara pasaran maju sepatutnya membantu dari segi melatih pekerja tempatan serta memberi panduan kepada syarikat di negara tuan rumah yang melaksanak­an peralihan itu,” katanya.

Selain itu, Harrison turut membangkit­kan aspek seperti kadar jenayah dan pencemaran yang tinggi juga ada kepentinga­nnya kerana soal keselamata­n pekerja dan keluarga mereka merupakan faktor paling utama.

“Malaysia bagaimanap­un lebih dianggap sebagai sebuah lokasi menarik berikutan wujudnya keseimbang­an pekerjaank­ehidupan dan kualiti kehidupan secara amnya, disokong oleh kos sara hidup, perumahan dan sekolah antarabang­sa yang lebih rendah berbanding lokasi lain termasuk Singapura dan Hong Kong,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia