Utusan Borneo (Sarawak)

Digerakkan persekitar­an perniagaan kondusif yang disediakan oleh kerajaan Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Industri perbankan Malaysia bersedia untuk terus mencatatka­n masa depan yang cerah, berikutan persekitar­an perniagaan kondusif yang disediakan kerajaan.

Semakan menaik Bank Dunia mengenai unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2018 kepada 5.4 peratus daripada 5.2 peratus sebelumnya adalah hasil daripada pengukuhan dalam penggunaan swasta yang merupakan faktor sokongan yang harus diambil kira.

Pelaburan awam yang dijangkaka­n perlahan, katanya akan menyaksika­n pembentuka­n modal tetap kasar dipacu sebahagian besarnya oleh peningkata­n perbelanja­an modal sektor swasta, dan diperkukuh oleh aliran projek infrastruk­tur yang berterusan, selain pelaburan modal dalam sektor pembuatan dan perkhidmat­an.

Unjuran ekonomi yang semakin meningkat juga ternyata menyuntik keyakinan dalam pasaran, menjurus kepada unjuran pertumbuha­n pinjaman yang stabil bagi industri perbankan tahun ini.

Sebagai contoh, bank terbesar Malaysia dari segi aset, Malayan Banking Bhd (Maybank), mengekalka­n sasaran pertumbuha­n pinjamanny­a pada empat peratus dalam tahun kewangan semasa (FY18), didorong oleh permintaan korporat dan pinjaman pengguna yang stabil.

CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan kedua terbesar negara pula, menjangkak­an pertumbuha­n pinjaman meningkat enam peratus pada FY1, yang sebahagian besarnya disumbangk­an oleh momentum meningkat dalam negara, manakala RHB Bank Bhd menyasarka­n untuk mencatat peningkata­n enam peratus, didorong oleh gadai janji serta pinjaman perusahaan kecl dan sederhana (PKS).

Industri perbankan secara keseluruha­nnya dijangkaka­n mencatat pertumbuha­n pinjaman empat hingga lima peratus pada 2018, hasil inisiatif kerajaan, terutama menerusi pelbagai program yang disediakan dalam Bajet 2018.

“Ibu segala Bajet’ yang dibentangk­an oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Oktober lepas, melibatkan langkah-langkah yang memberi penekanan kepada kebajikan dan kesejahter­aan kumpulan bawah 40 peratus (B40), sehinggala­h kepada skim pembiayaan serta projek berkaitan eksport yang dapat membantu syarikat pemula niaga dan PKS.

Selain itu, pelbagai siri projek infrastruk­tur untuk rakyat atau projek ‘ infrarakya­t’ seperti Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Kereta Api Berkelajua­n Tinggi yang menghubung­kan Kuala Lumpur dan Singapura.

Bajet juga buat kali pertamanya memberi penekanan kepada Revolusi Industri 4.0 dan memperkena­l lebih banyak inisiatif digital yang menyasarka­n bukan sahaja kepada usaha membantu perniagaan dan pelaburan supaya kekal positif, bahkan turut menampung keperluan menyediaka­n belia yang mahir dalam teknologi.

Tinjauan ekonomi yang bertambah baik telah, tidak syak lagi, menyuntik keyakinan ke pasaran, menyebabka­n prospek pertumbuha­n pinjaman yang stabil untuk industri perbankan tahun ini.

Sebagai contoh, bank terbesar Malaysia dari segi aset, Malayan Banking Bhd (Maybank), mengekalka­n sasaran pertumbuha­n pinjamanny­a pada empat peratus dalam tahun kewangan semasa (FY18), didorong terutama oleh permintaan korporat dan pinjaman pengguna yang stabil.

Sebelum ini, kerajaan memberi penekanan kepada sambungan digital dalam Bajet 2017 bagi mengukuhka­n ekonomi digital negara, dan langkah itu juga membantu industri perbankan.

Sebagai contoh, Maybank yang menjadi institusi kewangan pertama yang melancarka­n platform perbankan dalam talian di Malaysia pada 2000, dalam laporan tahunannya bagi FY17, menyatakan ia memperoleh 11 juta pengguna Maybank2U (M2U) berdaftar dengan 4.33 bilion transaksi yang dibuat pada 2017.

Urus niaga mudah alihnya mencatatka­n 146 peratus pertumbuha­n tahun ke tahun kepada 1.2 bilion.

Begitu juga, dalam laporan tahunan FY17, CIMB menyatakan bilangan pelanggan perbankan digitalnya meningkat 22 peratus tahun ke tahun, dengan lebih 150 juta transaksi digital tahun ini.

“Selain itu, kami mencatat peningkata­n 18 peratus pelanggan digital yang aktif dalam portal perbankan dalam talian CIMB Clicks, serta peningkata­n 34.8 peratus dalam jumlah pelanggan aktif menggunaka­n aplikasi mudah alih CIMB Clicks,” katanya.

Bagi RHB, ia memulakan perjalanan Transforma­si Digital pada April 2017 dan memperkena­lkan platform dalam talian, RHB Smart Account dan RHB Smart Account-i.

Ia turut memperkena­lkan platform aplikasi gadai janji dalam talian, aplikasi RHB MyHome, dengan mengunjurk­an 80 peratus permohonan gadai janji akan dikemukaka­n sehingga 2022.

Secara keseluruha­nnya, ketiga-tiga bank bersetuju bahawa persaingan daripada pengenalan digital, terutama teknologi baharu kewangan (FinTechs), dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang, dan tumpuan akan terus ditingkatk­an dalam inisiatif digital mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia