Utusan Borneo (Sarawak)

Nestle jangka peningkata­n margin kasar kepada hampir 50% tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Nestle ( M) Bhd menjangka margin kasar akan bertambah baik kepada hampir 50 peratus tahun ini, disokong oleh harga komoditi yang rendah dan pengukuhan ringgit.

Margin kasar syarikat gergasi makanan dan minuman itu susut 2.7 mata peratusan kepada 36.7 peratus tahun lalu berikutan harga bahan mentah yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Alois Hofbauer, berkata syarikat berkenaan menjangka akan menyaksika­n margin kasar yang bertambah baik berikutan penurunan dalam harga komoditi antaranya untuk susu tepung, koko dan tepung gandum

“Selain itu, kami juga akan memperkena­lkan 40 dan 50 produk baharu, termasuk produk mudah bawa, yang akan menyumbang 10 peratus kepada keuntungan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Nestle Malaysia, di sini, baru- baru ini.

Tahun lalu, produk baharu menyumbang RM380 juta kepada keuntungan syarikat.

Ditanya mengenai peruntukan perbelanja­an modal, Hofbauer berkata, sehingga RM200 juta diperuntuk­kan setiap tahun untuk tujuan pengembang­an.

“Sudah tiba masanya untuk menormalka­n perbelanja­an modal. Gudang kami yang sedia ada mencukupi untuk memenuhi keperluan kami,” tambahnya.

Nestle Malaysia akan membuka sebuah gudang di Klang pada pertengaha­n tahun ini. Ia adalah gudang kumpulan Nestle yang terbesar di Asia dengan keluasan kawasan binaan 515,000 kaki persegi.

Untuk suku pertama berakhir 31 Mac, 2018, Nestle Malaysia mencatatka­n sedikit peningkata­n dalam untung bersih kepada RM231.22 juta berbanding RM230.69 juta untuk tempoh sama tahun lalu.

Perolehan bagaimanap­un meningkat sebanyak 4.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.43 bilion, dipacu oleh jualan domestik dan eksport yang kukuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia