Utusan Borneo (Sarawak)

Malakoff mahu rebut peluang pacu pertumbuha­n, kata Hasni

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar air dan tenaga bebas, Malakoff Corporatio­n Bhd mahu meninjau peluang baharu bagi memacu pertumbuha­n serta memenuhi jangkaan para pemegang sahamnya.

“Kumpulan itu akan terus mengukuhka­n asas-asas serta meneroka peluang baharu untuk pertumbuha­n serta memenuhi jangkaan pemegang sahamnya,” kata Pengerusin­ya, Datuk Hasni Harun dalam satu kenyataan bersempena mesyuarat agung tahunan syarikat itu, barubaru ini.

Pada mesyuarat itu, para pemegang sahamnya meluluskan semua resolusi termasuk membabitka­n cadangan memperbaha­rui kuasa syarikat itu untuk membeli semula sahamnya.

Berdasarka­n pengumuman terkini, ia telah membeli sejumlah 60.69 juta saham setakat 24 April yang juga bersamaan 1.21 peratus daripada jumlah modal sahamnya.

“Harga saham kini lebih rendah daripada aset bersih sesaham. Oleh itu, antara usaha bagi mengukuhka­n harga itu adalah dengan memulakan langkah pembelian semula saham berkenaan,” katanya.

Pada masa ini, Malakoff merupakan peneraju pengeluar tenaga bebas di negara ini dengan kapasiti mencecah 6,346 MW, merangkumi tujuh loji tenaga dijana daripada minyak, arang batu dan gas.

Di peringkat antarabang­sa, ia merupakan pengeluar air dan tenaga bebas dengan pemilikan kapasiti bersih penjanaan tenaga kira-kira 690 MW dan penyahgara­man air sebanyak 444,800 meter padu sehari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia