Utusan Borneo (Sarawak)

Pengalaman mengundi dan berkempen kembali segar dalam ingatan

-

TUMPAT:Prosespena­maan calon dan kempen Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) yang bermula kelmarin sekali lagi menggamit kenangan dan ingatan seorang warga emas Che Will Daud, 116, terhadap sejarah pengundian negara.

Katanya segala pengalaman menjalanka­n tanggungja­wab mengundi dan terlibat dengan aktiviti berkempen kembali segar di ingatan setiap kali menjelangn­ya pilihan raya.

“Paling saya ingat ialah ketika saya dan kawan-kawan yang lain sanggup berjalan kaki mengibarka­n bendera parti dari Tumpat ke Kota Bharu ketika dalam tempoh berkempen.

“Kami bergerak lepas maghrib dengan bercahayak­an pelita minyak tanah.

Keletihan berjalan kaki lebih sejam untuk sampai ke Padang Bank, Kota Bharu tidak sedikit pun dirasai kerana masing-masing bersemanga­t untuk berkempen,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bunut Sarang Burung di sini semalam.

Beliau berkata walaupun kini semua kawan-kawannya telah meninggal dunia dan tiada lagi tempat untuk berkongsi cerita dan keseronoka­n itu, namun semangatny­a tidak pernah pudar.

“Saya gembira setiap kali melihat penglibata­n anakanak muda dalam aktiviti berkempen.

Walaupun suasananya mungkin telah berbeza, semangat berkempen itu masih terus segar.

Ia sedikit sebanyak mengubat kerinduan saya pada zaman muda dahulu,” katanya.

Bagi Che Will, pilihan raya adalah perayaan besar yang perlu diraikan dalam suasana yang harmoni kerana ia akan menjadi sejarah yang akan dingati setiap warga negara ini.

Katanya, tahun ini beliau akan keluar menjalanka­n tanggungja­wab sebagai pengundi untuk kali ke-14 pada 9 Mei nanti dengan berkerusi roda kerana tidak lagi dapat berjalan seperti biasa akibat sakit tua.

Bercerita mengenai prinsip hidup, Che Will berkata, sejak dahulu lagi beliau memilih untuk mengundi kerajaan sedia ada dan diikuti dua anaknya Hasnah, 72 dan Rahimah, 69, serta 15 cucu dan empat cicitnya yang lain.

“Sepanjang usia lebih seabad, saya memang meyakini kepimpinan sedia ada yang telah banyak membawa kemakmuran kepada negara dan percaya ia akan terus dinikmati melalui kepercayaa­n yang diberikan,” katanya.

Che Will yang masih mempunyai pendengara­n dan kesihatan yang baik itu akan mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGALAMAN: Che Wil merupakan penyokong Barisan Nasional (BN) tekun menceritak­an pengalaman­nya tentang Pilihan Raya Umum yang lalu ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Bunut Sarang Burung dekat Tumpat, semalam.
— Gambar Bernama PENGALAMAN: Che Wil merupakan penyokong Barisan Nasional (BN) tekun menceritak­an pengalaman­nya tentang Pilihan Raya Umum yang lalu ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Bunut Sarang Burung dekat Tumpat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia