Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk harap Jualan Sentuhan Rakyat diadakan lebih kerap

-

JELI: Sekurang- kurangnya dua doktor pakar tetap termasuk pakar kecemasan diperlukan di Hospital Jeli bagi memastikan perkhidmat­an lebih baik diberikan kepada rakyat daerah ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau telah menulis surat kepada Kementeria­n Kesihatan untuk memohon penempatan doktor pakar tetap di hospital itu.

“Hospital ini tiada doktor pakar dan mereka hanya dibantu oleh doktor pakar dari Tanah Merah dan Kota Bharu yang akan datang dua kali seminggu.

Oleh itu, kita mahu penempatan kekal doktor pakar di hospital ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan ambulans jenis pacuan empat roda kepada Hospital Jeli di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Hospital Jeli Dr Norzilawat­i Mohd Ghazali.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata dengan adanya ambulans itu, rawatan kecemasan dapat diberikan lebih pantas terutama ke kawasan pedalaman yang melibatkan penduduk Orang Asli.

Mustapa berkata sebelum ini, kerajaan persekutua­n meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk pembinaan pejabat kesihatan daerah ini.

“Ini menunjukka­n kerajaan prihatin dengan Hospital Jeli,” katanya yang mempertaha­nkan kerusi Parlimen Jeli dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei ini.

Sementara itu, Dr Norzilawat­i berkata sekiranya doktor pakar dapat ditempatka­n di hospital itu, penduduk sekitar tidak perlu ke Hospital Tanah Merah atau Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk mendapatka­n rawatan.

“Hospital Jeli memerlukan pakar kecemasan dan pakar perubatan...dengan adanya mereka, penduduk tidak perlu menghabisk­an masa perjalanan yang panjang untuk mendapatka­n rawatan,” katanya. — Bernama SEREMBAN: Rata- rata penduduk berharap ‘Pasar Waghih Kito’ atau Program Jualan Sentuhan Rakyat dapat diadakan lebih kerap kerana melalui program seumpama itu sedikit-sebanyak dapat membantu rakyat menangani kos sara hidup.

Kira-kira 1,500 pengunjung tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah di Pasar Waghih Kito bagi Dewan Undangan Negeri Sikamat dekat sini, sejak jam 8 pagi tadi yang menawarkan pelbagai barangan runcit, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam dan beras dengan penjimatan harga lima hingga 20 peratus daripada harga pasaran.

Seorang penduduk Malinnie Ahmad, 35, berkata pada program tersebut dia boleh mendapatka­n pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih murah berbanding yang ditawarkan di pasaran semasa.

“Biasanya saya beli beras dengan harga RM27 hingga RM33 untuk 10 kilogram tetapi di sini saya dapat membeli beras pada harga RM22 sahaja.

“Saya amat berharap program jualan rakyat seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang kerana dapat mengurangk­an beban kewangan saya,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Peniaga kuih, Hamizah Kamarudin, 24, berkata dia dan suaminya sanggup datang dari Sendayan ke Sikamat yang mengambil masa 30 minit semata- mata mahu mendapatka­n harga barang basah yang lebih murah.

“Saya dan suami berkunjung ke sini untuk membeli ayam, telur ayam, beras dan banyak lagi kerana dimaklumka­n oleh rakan ada jualan murah di sini dan ternyata betul memang murah,” katanya.

Peniaga, Nur Shuhada Mat Raof, 31, berkata barangan yang ditawarkan bukan sahaja murah tetapi juga lebih segar berbanding pasar biasa.

“Pengalaman sendiri, saya pernah pergi ke sebuah pasar raya berdekatan dan mendapati ayam dan daging yang dijual tidak segar dan nampak seperti sudah lama.

“Namun di sini saya melihat ayam dan sayur-sayuran semuanya segar dan amat berpuas hati. Saya berharap jualan seperti ini akan diteruskan lagi,” katanya. — Bernama PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangk­an agar perumahan mampu milik seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dijenamaka­n semula bagi mengubah pemikiran pendudukny­a.

Beliau berkata selain menambah kemudahan seperti kamera litar tertutup (CCTV), penjenamaa­n se- mula perumahan mampu milik juga boleh membawa perubahan positif dari sudut psikologi penduduk supaya lebih matang dan tidak tertekan.

“Kita tidak mahu lagi panggil rumah murah, barang kali boleh panggil rumah rakyat ceria atau ‘council home’. Jadi mereka yang tinggal di situ tidak fikir mereka duduk di rumah murah lagi.

“Sebelum ini pun kita sudah menetapkan supaya rumah mampu milik sekurangku­rangnya 750 kaki persegi, bukan lagi seperti dahulu 500 kaki persegi, tidak sesuai lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah tempat letak kereta bertingkat kuarters Apartment Fasa 5 dan 6 di Presint 9, di sini semalam.

Projek yang akan bermula pada Julai depan bernilai RM15 juta itu menggunaka­n peruntukan Rancangan Malaysia ke-11 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Berkeluasa­n 3,400 meter persegi, tempat letak kereta empat tingkat itu bakal menyediaka­n 352 lot tempat letak kereta termasuk bagi orang kelainan upaya (OKU). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia