Utusan Borneo (Sarawak)

Rahman Dahlan mahu jadi ‘jambatan’ antara warga Sepanggar-kerajaan

-

SEPANGGAR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sepanggar Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mahu menjadi ‘jambatan’ dan wadah penghubung antara warga daerah ini dengan kerajaan sekiranya beliau dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), selain memperheba­tkan lagi program pembanguna­n di kawasan berkenaan.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata tekad itu adalah seiring dengan semangat dan komitmen tinggi beliau untuk melihat pembanguna­n progresif di Sepanggar, sebuah kawasan di pinggir Kota Kinabalu, ke tahap lebih tinggi sekali gus memenuhi aspirasi penduduk setempat.

Beliau berkata ini termasuk melancarka­n dan meneruskan agenda pembanguna­n sedia ada selain menyelesai­kan isu- isu berbandara­n yang dihadapi penduduk Sepanggar seperti isu perumahan setinggan, perindustr­ian, taraf hidup dan sosial.

“Saya beranggapa­n bahawa penduduk di Sepanggar memerlukan wakil rakyat yang mampu berhubung dengan kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri kerana Sepanggar (turut) mempunyai masalah perbandara­n (sama) seperti tempat-tempat lain di negara ini.

“(Dengan) kedudukan saya sebagai menteri Persekutua­n, sudah tentu saya boleh memberi sedikit kelebihan kepada Sepanggar,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Semarak Perpaduan sempena Sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Taman Puterajaya, Telipok dekat sini, semalam.

Sepanggar, yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kota Kina- balu, tidak hanya terkenal sebagai kawasan institusi pendidikan tinggi termasuk Universiti Malaysia Sabah malah menempatka­n Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu, Pelabuhan Sepanggar dan industri perkilanga­n.

Pendudukny­a yang lebih 300,000 orang juga menyaksika­n pertumbuha­n sektor perumahan rancak selain mempunyai destinasi pelanconga­n yang mampu menarik kehadiran ramai pengunjung termasuk di Karambunai.

“Justeru itu, Sepanggar memerlukan seorang wakil rakyat yang mempunyai kredibilit­i dan keupayaan memberi perkhidmat­an terbaik bagi melonjakka­n lagi potensi kawasan berkenaan,” katanya.

Pada PRU14 itu, Abdul Rahman yang mewakili BNUMNO akan dicabar calon Warisan Mohd Azis Jamman, Jeffrey Kumin (SAPP) dan Robert Sopining (PCS) dalam persaingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Sepanggar.

Pada PRU13, penyandang kerusi itu Datuk Jumat Idris menang dengan memperoleh majoriti 9,442 undi. — Bernama

 ??  ?? ADA VISI: Shazianti, Mizma dan Norazlinah tonjol variasi calon pilihan di Silam
ADA VISI: Shazianti, Mizma dan Norazlinah tonjol variasi calon pilihan di Silam
 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Abdul Rahman (dua kanan) beramah mesra bersama pencabarny­a Azis (kanan) ketika hadir pada majlis kenduri semasa berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 di Kampung Darau Lama, Menggatal, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Abdul Rahman (dua kanan) beramah mesra bersama pencabarny­a Azis (kanan) ketika hadir pada majlis kenduri semasa berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 di Kampung Darau Lama, Menggatal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia