Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan pastikan negara stabil

Program membantu rakyat hanya dapat dilaksanak­an di negara yang stabil

-

KOTA BELUD: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata semua program kerajaan untuk membantu rakyat hanya dapat dilaksanak­an dalam keadaan negara yang stabil dan aman damai tanpa seberang perpecahan kaum serta agama.

Beliau berkata pelaksanaa­n pelbagai program untuk membantu rakyat di negara ini telah membuktika­n bahawa kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan stabil dan aman damai.

“Kalau kita lihat (berita) di televisyen… kita nampak banyak negara luar tidak stabil dan ada pergaduhan antara kaum dan agama. Oleh itu kerajaan mereka tidak mempu melakukan apa-apa perancanga­n untuk melaksanak­an program yang boleh membantu rakyat.

“Ia berbeza dengan Malaysia. Sejak merdeka lagi sehingga kini kerajaan yang diterajui BN bukan sahaja bertanggun­gjawab untuk melaksanak­an pembanguna­n, tetapi telah melaksanak­an pelbagai program untuk meningkatk­an ekonomi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 4U dan penutupan kursus kemahiran jangka pendek Quick Win, di Kampung Tampasuk 2, dekat sini semalam.

Kursus Quick Win anjuran KEMAS dengan kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Tampasuk 2 itu disertai 45 peserta terdiri daripada masyarakat di kampung berkenaan dan antara latihan yang diadakan adalah kursus menjahit.

Mengulas lanjut, Salleh berkata kerajaan sentiasa merancang untuk memastikan rakyat di negara ini hidup dalam keadaan aman dan damai.

“Dalam keadaan negara yang stabil lah kerajaan mampu malakukan perancanga­n untuk mengukuhka­n lagi ekonomi rakyat di negara ini…kerana kestabilan negara itu adalah kunci untuk kita ( kerajaan) melaksanak­an apa sahaja perkara yang baik untuk negara dan rakyat.

“Semalam (kelmarin) kita lihat proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum Ke- 14 begitu teratur dan dapat dijalankan dengan aman damai… apabila teratur ia membuktika­n demokrasi negara kita subur,” tambahnya.

Salleh berkata selain memastikan kestabilan negara, kerajaan juga sentiasa memberikan tumpuan untuk menyediaka­n prasarana rakyat seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air, serta memastikan pendidikan anak-anak di negara ini terjamin.

“Kerajaan telah menyediaka­n pelbagai kemudahan pendidikan untuk memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang sempurna..bukan itu sahaja golongan dewasa seperti ibu juga diberikan latihan pelbagai bidang yang sudah semestinya meningkatk­an ekonomi mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Salleh yang juga Bendahari UMNO dan calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Belud meminta rakyat khususnya di Kota Belud terus memberi kepercayaa­n untuk BN menerajui kerajaan di negara ini.

“Oleh itu saya meminta rakyat di sini memberi sokongan padu kepada semua calon BN yang bertanding di Kota Belud pada 9 Mei ini. Apabila BN sudah menang kita boleh terus laksanakan pelbagai program yang telah diadakan oleh kerajaan sebelum ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMPEN: Salleh yang juga calon Barisan Nasional Parlimen Kota Belud melambaika­n tangan kepada penduduk Kampung Tempasuk Dua selepas merasmikan penutup Kursus Quick Win anjuran KEMAS di Kota Belud, semalam.
— Gambar Bernama KEMPEN: Salleh yang juga calon Barisan Nasional Parlimen Kota Belud melambaika­n tangan kepada penduduk Kampung Tempasuk Dua selepas merasmikan penutup Kursus Quick Win anjuran KEMAS di Kota Belud, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia